ABOUT US

About Loving Yourself…

           Seringkali kita mempertaruhkan raut wajah  dan personaliti diri sebagai ukuran ‘first impression’ manusia. Setiap kita mengimpikan raut wajah umpama artis jelita, membuatkan adakalanya kita memperjudikan diri sendiri. Kerakusan ini membolehkan kita cenderung kepada pemilihan produk produk kecantikan dijamin cantik dalam masa 3 hari. SOUND CRAZY…

Permintaan yang tinggi dalam industri ini , menyebabkan munculnya pelbagai deretan jenama-jenama kosmetik ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang mewarnai dunia kecantikan. NAMUN sejauh mana kesedaran dan kefahaman kita sebagai penguna terhadap pengunaan bahan bahan yang digunakan.  Tidak boleh tidak, harus ambil tahu apakah isi kandungan yang terdapat di dalam nya. Ini penting kerana, kandungan HYDROQUINONE, STEROID, PARABEN, SSLS, MERCURY  dan lain-lain boleh menyumbang kepada risiko kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Menyedari kepada persoalan ini, kami teruja untuk menyumbang kemahiran dan kepakaran dalam pembuatan ‘HOME SPA, AROMATHERAPY dan NATURAL BEAUTY PRODUCTS . Mungkin ada yang setuju dengan ‘result’ yang agak lambat namun kita harus faham prosesnya. Setiap kejadian memerlukan proses . Cantik juga perlukan proses. Bak kata pepatah ‘Biar lambat asal selamat’.

KEPADA anda yang begitu menghargai seni penciptaan sabun, kepakaran dan ketelitian  ini membolehkan  kita menikmati pelbagai jenis NATURAL HANDMADE SOAP yang 100% mengunakan bahan-bahan semulajadi dan mempunyai nilai penyembuhan yang hebat dan tersendiri.

brainNbeauty.com adalah sumber alternative kepada penjagaan dan rawatan kecantikan harian anda. Kami menawarkan HOME SPA PRODUCTS dan AROMATHERAPY PRODUCTS yang berquality pada harga yang berpatutan.

Beauty is Wellness & Natural is always the best.

full image

Kepakaran kami adalah berkongsi rahsia alam semulajadi yang dapat memberikan anda nilai KESIHATAN dan KECANTIKAN secara  NATURAL.  Kami YAKIN setiap kewujudan pasti mempunyai KEISTIMEWAAN nya.

TRUST NATURE, THINGS WILL TURN OUT GOOD

 KLIK DI SINI UNTUK PEMBELIAN

——————————————————————————————-

Dairi Pemilik…

Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya Hani A.M.N, selaku pemilik tunggal website ini yang bernaung dibawah syarikat HANI A.M.N Global Resources. Syarikat ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendapfatan  002132502- x   pada tahun 2012.

Minat dan kecintaan yang  tinggi terhadap keindahan  dan keajaiban alam semulajadi memberikan  suntikan semangat untuk berkongsi dengan anda semua. Bertapa hebatnya dunia Ciptaan Tuhan, memberikan kita pelbagai nikmat yang tidak dapat kita dustakan.

Setiap tumbuhan menjalar segar, memberikan kita ruang untuk bernafas. Menyedut udara segar di pagi hari, menghayati erti sebuah kehidupan yang semakin hari semakin rancak rentak tarinya. Semakin moden layar dunia, makin rakus kita mencorak kan kehidupan. Tanpa kita sedar, adakalanya kita memperjudikan diri sendiri  untuk melayakkan kita berada di pentas dunia ini. Dunia makin moden, penyakit semakin canggih melebalkan nama masing masing..

Masyarakat mula menganggap, sihat dan cantik itu tidak dapat dipisahkan dengan istilah Doktor dan Ubat. Kita lupa wujudnya pelbagai ramuan daripada alam sekeliling yang boleh memberikan kita nilai kesihatan dan kecantikan secara natural dan organik.  Arwah nenek saya menghembuskan nafas terakhir dikala usia mencecah 108 tahun. Amat berbeza dengan kehidupan kita hari ini.  Namun bijak pandai menyatakan ” your health is in your hand”, yup! true..kita yang tentukan.

……………….it is About Loving Yourself.

“When You Love Yourself, You See The World Differently”

Regards,

IMG_20150814_204309

 

 

 

 

 

 

 

 

Hani A.M.N
1 February 2014, Kuala Lumpur