ABOUT US

  img1384790203525    Hi! saya Hani A.M.N, ibu kepada 5 orang anak, berusia 37 tahun. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Dibesarkan dalam suasana kampung yang penuh kedamaian dan bebas dari segala pencemaran. Udara pagi nya amat nyaman, kicauan burung dan kokokan ayam silih berganti, memberi isyarat hari hampir menjelang siang, matahari bakal bersinar.

Kehijauan sawah padi terbentang luas, ladang tebu, sungai dan tali air, sudah sebati dengan kehidupan kanak kanak kami. Kami bebas ke sana sini meneroka setiap ceruk kampung tanpa dibebani dengan rasa kerisauan seperti kehidupan bandar hari ini.  Saya mempunyai seorang nenek yang jangka hayat usia nya mencecah 100 tahun.  Sungguh ajaib anugerah Allah, wanita se usia ini langsung tidak pernah kenal apa itu penyakit  moden alaf ini seperti kencing manis, jantung, darah tinggi dsb nya. Pergi nya meninggalkan usia tanpa sebarang penyakit. Wah! sungguh kagum saya di usia ratusan tahun masih mampu mencucuk benang ke lubang jarum yang agak halus bagi saya. Itu lah kelebihan arwah nenek yang sudah pasti ada tersebut beberapa petua yang wajar di amal kan. Sayang nya  di usia yang begitu rapuh agak sukar untuk saya memberi tumpuan sepenuhnya. Namum hari ini, ia memberi satu kesedaran yang ilmu nenek moyang kita wajar diwarisi.

 Impiana Resort Cherating, Pahang, adalah langkah pertama saya di alam pekerjaan. Kehidupan di dasarkan kepada keindahan dan kecantikan alam semulajadi amat rapat dengan saya. Deruan ombak di pagi hari mungkin mengucapkan rasa syukur kepada PenciptaNya. Ombak tidak pernah berhenti membadai pantai, membuatkan kita terpegun, lautan yang tidak berpenghujung itu apakah rahsiaNya?. Suka duka nelayan melalui hari demi hari demi sesuap nasi. Namum RAHSIA alam jua terlalu subjektif untuk di perdebatkan. Di kala petang hari pula, ratusan pengunjung mengunjungi pantai, menghayun buaian hati dan perasaan mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan, pasangan bercinta menunggu berlabuh nya fajar untuk menyatakan janji setia, berikrar sehidup semati. Pemain luncur dan jet ski bergitu berani mencabar ombak yang melambung. Itu lah hati kita, begitu dekat dengan keindahan dan kedamaian alam semulajadi.

Apa sinonim saya dengan www.brainNbeauty.com, About Loving Yourself???

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, ia adalah wadah perkongsian bersama teman teman semua. Kita berkongsi rasa dan cerita About loving Yourself. It can be in any aspect, it could be health n beauty product, tips, lifestyle, make up, fashion, and traveling or anything that can make u happy. Do a share with us!

 

BrainNBeauty.com adalah sisipan cabang perniagaan yang telah di daftarkan oleh HANI A.M.N Global Resources(002132502 x). Ia menjalankan perniagaan Online( jualan produk berkaitan dengan kecantikan dan home spa services secara sepenuh masa.

Brain N Beauty, satu ungakapan yang agak simple tetapi ia mempunyai makna yang berbeda bergantung kepada penilaian masing masing. Ada yang menterjemahkannya sebagai ” Orang cantik yang mempunyai Otak yang cerdik”, ” Makanan kesihatan untuk otak” dan macam macam lagi. Tapi bagi saya sebagai pemilik blog ini  ia memperhalusi  satu tafsiran yang agak berbeza.

BRAIN secara amnya, ia merujuk kepada Otak atau akal fikiran. Kamus Dewan mentafsirkan Otak sebagai                                   dan english dictionary pula menterjemahkan sebagai.                                                              Bagi saya, brain mendefinasikan cara kita berfikir, kuasa untuk kita bertindak dan keputusan yang pasti akan kita gengami. Secara logiknya segala tingkah laku dan tutur kata kita di pengaruhi oleh cara kita berfikir. Jika fikiran kita menjurus ke arah positive..makanya keputusan positif yang akan kita kecapi, begitu juga sebaliknya jika kita cenderung ke arah negatif, apa saja yang terlintas di fikiran kita sudah pasti anggapan pertama nya juga adalah negatif.

BEAUTY pula sejujurnya, memberi makna yang  paling jelas, ia merujuk kepada kecantikan sama ada secara lahiriah dan zahiriah. Wanita yang mempunyai rambut yang ikal mayang sudah pasti kita akan mengiyakan kecantikan nya, berbaju kebaya di pagi Jumaat cukup membuatkan mulut kawan kawan sekeliling kumat kamit terpegun dengan kecantikan susuk tubuh anda.  Kelajuan kereta pacuan empat roda zzzzzzoooommmm pun turut terpantul di mulut kita semua…wah cantiknya kereta ini!

Sememangnya kecantikan adalah keperluan dan kehendak setiap individu. Mereka mencari untuk kearah kecantikan dan kepuasan hati semata mata. Namun begitu kecantikan juga adalah subjektif.

Apa kaitannya antara Brain N Beauty…sudah pasti saya akan mentafsirkan sebagai beauty akan wujud secara semulajadi daripada brain yang positif, cara kita berfikir dan bertindak untuk mewujudkan satu identiti yang sempurna. Apa yang ingin di kongsi kan di sini adalah sesuatu yang amat berguna kepada kita semua pada hari ini, esok dan seterusya untuk diwarisi pada generasi yang akan datang.

Dalam menjalani kehidupan harian yang agak mencabar dewasa ini, ada kalanya kita alpha dengan sekeliling, kita mudah terdedah kepada cara hidup yang SEGERA. Mana mungkin generasi hari ini di awal seusia rebung sudah di jangkiti pelbagai penyakit penyakit moden abad ke 21. Di mana silap nya, di mana pembetulan nya dan di mana kesimpulannya.

Saya di sini sekadar pencetus idea untuk berganding bahu mencari kesedaran dan mencipta kebenaran, moga moga usaha ini berguna untuk kita semua. Segala sumbangan dan komen yang berkaitan “About Loving Yourself” dapat memberi manfaat kepada kita semua. Ameen.

Leave a Reply