My Ratu ku LELAKI

Terima kasih yang tak terhingga buat  Pn Rosnita bt Hamzah, selaku Pegawai Khas kepada Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita kerana sudi menjemput saya bagi memenuhi ruang sempena program MAJLIS KERJAYA DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGURUSAN LEPAS BERSALIN ( Post Natal Management), Bersama Datuk Seri Shahrizat  Abdul Jalil.IMG-20150520-WA0018_20150521001725765

Menarik bunyinya…PENGURUSAN LEPAS BERSALIN!

Program ini juga merupakan kerjasama dengan My Ratu, iaitu badan NGO yang ingin mengangkat profesion pengamal perubatan tradisional rawatan selepas bersalin ke tahap yang lebih tinggi di samping membuka peluang pekerjaan kepada wanita.

Dahulu kala, mereka –  mereka ini kita panggil   mak bidan, tukang urut, atau bidang kampung dan yang lagi parah  BIDAN TERJUN . Ada  yang mewarisi ilmu kebidanan  melalui nenek moyang, dalam mimpi , dan tak kurang juga yang mempunyai naluri perbidanan tersendiri. Namum boleh di katakan hanya segelintir daripada mereka yang merupakan BIDAN BERTAULIAH, iaitu mendapat pengiktirafan daripada pihak pihak tertentu.  Malah wujud juga satu golongan iaitu  BIDAN SERBA BOLEH, yang hanya mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Wang ringgit jadi taruhan.

Bercerita tentang MAK BIDAN ini mengingatkan saya pada PAK BIDAN yang saya kenali.  Saya mendapatkan perkhidmatan beliau daripada anak ke 2 hingga ke 5. Memang terbaik,  BIDAN BERTAULIAH dan mendapat pengiktirafan daripada beberapa hospital termasuklah Hospital Universiti Sains Malaysia,Kurang Kerian. Cerita pasal ANATOMI… ermmm terlopong kita di buatnya.. penuh dengan ilmu. Beliau mengadunkan warisan alam bersama kecangihan teknologi dunia perubatan.

MACAM MANA SAYA BOLEH BERBIDAN DENGAN BIDAN LELAKI????

Ceritanya begini!, saya terpaksa operate semasa lahirkan anak pertama sebab ‘ flex brech’. zurrrpppp kasi potong, memanglah tak sakit, sekejap jer baby dah keluar. Tapi lepas tu, ya ampunnnn… sakitnya! nak ketawa tak boleh, terbatuk pun tak boleh, nak nyusu baby pun seksa. Di pendekan cerita, saya nekad if anak ke 2 nanti, saya nak juga bersalin NORMAL.

Dua tahun kemudian, ter mengandung lagi. Setiap kali check up ‘dup dap dup dap’ jantung, risau asyik asyik baby berpusing walaupun usia  kandungan dah hampir 8 bulan.

Tahu tahu je lah, bila buku redok ulangan klinik kesihatan  dah  ada sticker  MERAH, maksudnya kandungan dalam perhatian lah. Dah lah 1st baby operate.

Nak dipanjangkan cerita, baru duduk depan TV, siaran NONA pun tamat.. di skrin akhir tu ada tertulis ‘ BIDAN LELAKI’. Saya cepat cepat call TV3, minta sambungkan kepada unit NONA. Alhamdulillah, lega..dapat juga akhirnya nombor telefon bidan tersebut.  Terus buat appointment.

Siapa PAK NGAH

Bertemulah dengan ‘PAK RATU‘ masa tu kandungan dah 8 bulan, kedudukan 100% songsang.

“Nak pusing pun dah tak de ruang nih!, kata PAK BIDAN

Konsult punya konsult, akhirnya kami bersepakat untuk cuba, aktiviti ini memerlukan KAEDAH PERNAFASAN yang betul. Balik jer, terus ke klinik untuk SCAN... Alhamdulillah..memang pusing pun kedudukan baby. Bertambahlah tahap confident saya kepada PAK BIDAN ini. Beliau mesra dengan panggilan PAK NGAH. Sepanjang mengenali beliau terlalu banyak ‘POK PEK POK PEK’ nya..  ( leteran) berkaitan dengan permasalahan wanita ini.  Saya tekun mendengar, sambil – sambil mencatat apa yang difikirkan perlu.

PAK NGAH juga merupakan BIDAN KELUARGA kepada pengacara NURFARAHIN JAMSARI. Beliau sempat membukukan WARISAN ALAM beliau bertajuk  ‘ 44 HARI BERSAMA NURFARAHIN’.  Terdapat banyak petua petua yang boleh kita amalkan disini.

Hadiah dari PAK NGAH

Hadiah dari PAK NGAH

Ini adalah 2 jenis herba, adunan PAK NGAH Herbs, yang masih saya amalkan sehingga sekarang.

Pak Ngah Herbs

MESTI SEMUA ORANG ADA PENGALAMAN DENGAN MAK BIDAN KAN?, apa KATA JOM KITA SHARING CARING KAT sini, moga moga ia MEMBERI MANFAAT KEPADA WARISAN yang akan DATANG ilmu yang bermanfaat

Tanggal 17 March 2015, Pak Ngah telah dijemput PenciptaNya. Alfatihah, semoga Allah mencucuri Rahmat buat hambaNya.

SELAMAT HARI GURU

Salam hari Sabtu, minggu ke 3, bulan ke 5 tahun 2015.

Penuh wall Facebook dan Instagram hari ini duk bercerita tentang ‘GURU’, ada yang ucap, ada yang share quotes, share pengalaman dan bagai bagai’

” They inspired you, they entertain you, and you end up learning a ton even when you don’t know it.” itu lah mungkin boleh di ungkapan untuk guru guru.

Tidak semestinya, hanya GURU lepasan Maktab, Universiti2 dan yang mengajar di Sekolah sahaja kita katogeri kan ia sebagai GURU.

KENANGAN sebagai GURU Tadika

KENANGAN sebagai GURU Tadika

 Malah semua yang mempu memberikan kita ilmu, mereka juga adalah GURU.

Berbalik kepada konteks GURU.. pengalaman selama 39 tahun hidup di bumi Allah ini, terlalu banyak kenangan dan pengalaman sendiri yang kita lalui bersama seorang yang bergelar status GURU.

Zaman saya, sekolah Tadika belum wujud, so mula kenal sekolah nih, masa usia 7 tahun. He he he, sekolah ku SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ABAL, PASIR PUTEH KELANTAN.  Masih ingat lagi, ya ampun..kaum ibu ibu, bapak bapak memenuhi perkarangan sekolah.. ramai yang asyik berdiri di sepanjang ‘corridor’ mencuri curi intai gelagat anak kesayangan mereka masing masing. Cikgu kelas kami ialah Cikgu Abdul Rahman. Hensom lagi…  wa wa wa…

Nak habiskan darjah 6, ermmm memang ramai lah cikgu cikgu yang mengajar kami, Cg.Norizan, Teacher Tan Lita, Teacher Regina, Cg Norizah, Cikgu Aziz, dan yang paling terkesa ialah Cikgu Abdullah yang teramat garang ajar matematik, hu hu hu …salah matematik kena lukis bintang tiga Jepun atas dahi. Nak jerit rasa, ingat lagi ..ambik botol air, duduk tepi longkang..tuang air kat tuala ‘mickey mouse biru’ untuk hilang kan BINTANG 3 JEPUN .. Aduhhhh Cikgu oh Cikgu!

Habis sekolah rendah, daftar lagi   ke another sekolah bukit, kali ni. SEKOLAH MENENGAH BUKIT JAWA, SELISING, KELANTAN.

Orang Bukit rupanya kita nih!

Kat sekolah ni best, maklum lah dah tak berhingus lagi.. pergi sekolah, naik basikal SINGER warna MERAH . Bila balik sekolah if terselisih dengan lori -lori, jahanam…habis tudung sekolah nak tercabut, basikal pun ‘mutar ayam’.  Tapi ada juga abang motor besar,  pintas jalan nak berkenalan.. ha ha ha ..kelakar badak zaman dahulu kala.

Cikgu paling best, Sir Salahuddin, Cikgu paling lawa, Cikgu Nik Hasnah. Cikgu English..Sir Rosli, hari Selasa wajib cakap English, aku penolong ketua darjah, dengan selamber nya ‘ No FIRE Sir!’ bila Cikgu tanya..kenapa tak buka kipas… ha ha ha, nasib lah if tak kena denda.

Form 4 and Form 5, terpelanting pulak ke SEKOLAH VOKASIONAL TANAH MERAH KELANTAN.  Cikgu kelas, Wan Nor Azlina, sangat lembut dan cantik orang nya. Ambik kursus KATERING. Masak memasak…serah pada ku!

Habis form 5, dapat lah SPMV Grade 1, boleh naik Form 6, kembalilah ke Sekolah Bukit, iaitu Bukit Jawa. happy dapat jumpa balik geng geng lama.  Cikgu kelas, Cikgu Meriam Shuhaimi ajar  matapelajaran Sejarah, tingkatan 6, umur dah 19 tahun..masuk je time SEJARAH.. semua kena naik atas kerusi.. boleh jawab baru duduk, stress molek..

Siapa ingat peristiwa ini, Hasmah Yusuf, Mariamah, Ah Chong, ..Dah ( Zaradah, awak satu kelas dengan saya ker?, si kembar Suha ker Suzi  and semua kawan2 yang tak ingat nama doh ( maaf deh!)

Cikgu kesukaan ramai..Cikgu Khairultzam, beliau merupakan Guru Kaunseling, ada ketika, tegas orang nya, ada masa lawak jadi nya. Ayah Sim..Cikgu Hashim..lantang berpidato, maklumkan kami kami ni semua adalah Pra Universiti kan gitu! Aku je yang tak masuk U…hu hu hu. Cikgu cikgu we miss u  all…

Dan aku juga pernah bergelar ‘guru TADIKA’ selama 1 tahun 4 bulan..memang mencabar beb, ermmm TAK KENA JIWA!

CIKGU yg kena COLOR

CIKGU yg kena COLOR

CUTE Q DESS

CUTE Q DESS

1995,merupakan tahun terakhir aku memakai uniform sekolah. STPM 4P1R, 

Buat semua guru guru, terima kasih kerana mendidik kami, buat kawan kawan yang memilih profession sebagai GURU, tahniah di ucapkan. U are Great!

Selamat Hari Guru, semoga pengorbanan dan keikhlasan anda mendidik anak bangsa terpahat di jiwa.

PUISI BUAT  GURUKU
Oleh Anggita Nurul Taeyeon

Guru… …
Kaulah pembimbingku……
Kaulah pengajarku……
Kaulah pendidikku……

Guru……
Itulah julukanmu……
Yang tak pernah bosan dalam……
Mengajar dan membimbingku……

Guru……
Kau bagaikan cahaya……
Yg menerangi jiwa dari segala gelap dunia……
Kau adalah setetes embun yg mnyejukan hati……

Guru…..
Kau adalah pahlawan yg tidak mengharapkan balasan……
Dari segala yg kau lakukan……
Kau lakukan dengan rasa ikhlas ……

Guru……
Tanpamu aku akan hancur……
Tanpamu aku akan sengsara……
Tanpamu aku akan sesat……

Guru……
Tanpamu aku tidak bisa menulis……
Tampamu aku tidak bisa membaca……
Tampamu aku tidak bisa berhitung……

Guru……
Terima kasih ku ucapkan kepadamu……
Atas segala jasa-jasa yang kau berikan

HATI YANG MERINDUI

Salam Al fatihah  penuh kerinduaan buat Puteri Jannah, Nurfarahin bt Rahimi. Hari berlalu bagaikan semalam, masih terbayang ‘kenakalannya’ memenuhi setiap ruang sudut kediaman kami.

Her Smiling Face

Her Smiling Face

Janji Allah itu pasti, mati itu pasti, walaupun ia umpama sentapan namum itu lah hakikat yang harus kami akur, redha dengan apa yang di uji. Antara percaya dengan tidak, itu lah sekujur tubuh anak gadis 11 tahun, pergi menemui PenciptaNya.

3.49 pagi, kedinginan aircond bilik hotel barangkali membuatkan si ibu terjaga lantas dicapai ‘massage oil’, “aduhh! tertidur rupanya, janji nak urut kaki Ain, bisik hati si ibu.  Subhanallah, kenapa kakinya begitu sejuk sekali? macam ais?  Terdiam, terkedu di pagi hari. Namun tetap di urut urut keseluruhan tubuh Bidadari Syurga itu. Sememangnya sudah menjadi kebiasaa untuk Ain meminta ‘home SPA treatment dari ibunya bila merasa tidak sedap badan.  Urutan pagi di susuli dengan perbualan ngeri’

Mummy! Aini nampak banyak kotak… Kotak apa Ain? Ain nampak kotak orang mati!”

Allah, terkebil kebil seketika si ibu. Ain muntah namun masih boleh bangun untuk ke toilet, bila kembali ke tempat tidur, matanya sentiasa tertutup walaupun masih ada tutur bicaranya sepatah dua. Langsung tiada rengetan anak kecil yang sedang sakit, seolah olah tidak ada berlaku sebarang kemudaratan. Bila bangunnya si bapa, lagi sekali ibu minta penjelasan daripada Ain tentang apa yang ‘dia nampak’ . Jelas, jawapan yang sama iaitu  kotak orang mati. 

Balik dari Kenduri

Balik dari Kenduri

Tup tap! tup tap!, kemas sana sini, and semua get ready nak check out awal untuk singgah di Hospital, Ain mula tercungap cungap, ‘Ya Allah, kenapa Ain? Mengucap Ain, Allah…Allah, hidung dan mulut Ain mengeluarkan cecair umpana ‘tehO’, jelas di mata, nyawa Ain dibawa pergi, bebola matanya sudah kosong. Ya Allah, Ain telah pergi buat selama lamanya. Terlalu cepat!

Dikala kegembiran menyambut tahun baru 2015, kami 7 beranak terpingga pingga di bilik hotel 1113 Pan Pacific, Johor Baharu. Suasana pilu dan jeritan tangis adik beradik melatari kesunyian kamar pagi. Hilang nya Ain Rahimi 11.15 pagi meruntun kesedihan yang teramat. Allah Hu Rabbi, kebingungan melanda, aku sebagai ibu panic tak terkata, memandang dengan penuh rasa hiba, pelik, kenapa?, mengapa? bagaimana….seribu persoalan berlegar di ruang minda.

Tenanglah wahai hati, terimalah sebagai ujian diri,.. pengesahan dari Paramedik menjadikan kami pasrah dengan keadaan, segala urusan dan prosedur perlu diteruskan . Waktu itu..walaupun deretan ‘buffet’ hotel 5 bintang menyediakan pelbagai menu terbaik, semuanya bagai tidak bermakna. Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengurusan Hotel Puteri Pacific dan Johor Corporation yang membantu kami sekeluarga, sehingga selesai urusan ‘Puteri Jannah’.

Kenangan 5 beradik

Kenangan 5 beradik

Sekitar Jam 5 petang, baru selesai urusan ‘postmortem’ sungguh terharu.. melihat kesan jahitan sepanjang dada ke bahagian pusat..Ya Allah, mesti sakit kan? Namum itu lah KETENTUAN di saat itu, selesai segala bagai, urusan mandikan jenazah, kapan dan di sembahyangkan di surau Forensik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

With brother  after Cup's Cake

With brother after Cup’s Cake Session

Perjalanan ke Kuala Lumpur akan mengambil masa antara 4 ke 5 jam….si ibu dan dua puteranya, Muhammad Izzat Farhan 14yrs dan Muhammad Aris Haiqal 9yrs, melangkah masuk ke dalam kenderaan rasmi  Warga Alam Barzakh untuk mengiringi persingahan sementara kepulangan Puteri Jannah  sebelum di abadikan ke esokanya.  Suasana sepi sepanjang perjalanan, cuma bertemankan alunan bacaan ayat ayat suci penenang jiwa yang pilu.

Si ibu memberanikan diri, jari jemari menyusuri ukiran keranda, ” Adakah benar ini Puteriku?”.. Ye lah sekujur tubuh yang telah kaku, Allahurabbi…segala pertanyaan di jawab sendiri, bagi memujuk hati yang ‘mati’ buat seketika.  Tenanglah kau puteriku. Anak ke 3, dari 5 beradik dipilih Allah untuk menghiasi Taman Taman Syurga. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua lah kita dikembalikan.

Sekian lama bersengkang mata, sampai jua ke ‘persingahan sementara’ di Pinggiran Ukay, jam di tangan terpacak jarum di angka 11. Ramai, penuh rumah bagaikan kenduri ‘ open house’ . Katil bujang ‘ single saiz’ sudah ready di ruang tamu untuk beradu seketika. Kunjungan jiran tetangga dan sahabat handai serta saudara mara silih berganti. Semua faham, semua terima semua redha dengan HAKIKAT SEBUAH PERJALANAN KEHIDUPAN. Ini lah pengakhiran setiap yang bernyawa, tak kira muda, tua, kecil atau besar. Bila tiba Ajalnya, kembalilah kita kepada PenciptaNya.

Jam sudah 2 pagi, tetamu mula beransur pulang, tinggalah kami – kami memandang sesama sendiri. Ada yang kepenatan akhirnya rebah sendiri namum si ibu, tetap menemai PuteriNya. Risau! jika tertidur, hanya sedikit masa berbaki untuk menatapi wajah PuteriNya. Bila matahari bersinar,PuteriNya akan di usung pergi buat selama lamanya. Ini lah saat yang paling di takuti oleh si ibu.  Jika si Puteri pergi ke rumah saudara mara, pasti ia akan pulang, jika ke sekolah berasrama pun pasti juga ia akan pulang. Namum perginya ia kali ini pasti tak akan pulang –  pulang lagi. Deraian air mata mula tak kehaluan, takut kepada kehilangan, rindu pada bayang bayang.

Jam 7 pagi.. suara salam mula kedengaran, terbukti matahari bakal menjelang dan siang hari sudah berada di putaran nya. Puteriku akan pergi buat selama lamanya…..

ain8

Taman Perumahan yang ‘ABADI’

Alfatihah buat Nurfarahin bt Rahimi, bersemadinya jasad di Tanah Perkuburan Al Raudatul Sakinah, Jalan Kuala Lumpur Karak. Semoga Allah menghiasi Puteriku di Taman Taman SyurgaNya.

SALAM AIDIL ADHA 2014

aidiladha

Kandungan Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

ISI KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

“Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,
Sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,
Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,
Bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,
Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia,
Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah!
Bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.”

PESANAN dari JUTAWAN

8 Langkah Menjadi Jutawan…
oleh: Irfan Khairi

IK

Langkah 1: Mulanya di fikiran

Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. “Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur” merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, “Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!”

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

Langkah 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya…

Langkah 3: Hendak sejuta daya…

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama \”Angan- angan Mat Jenin\”. Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.

Langkah 4: Pengetahuan & ilmu

Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.

Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.

Langkah 5: Mulakan perniagaan

9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time.

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid.

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- seperti saya! Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Langkah 6: Perihal kewangan

Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.

Konsep penting dalam memahami perihal wang adalah konsep compound interest. Maksudnya, pelaburan wang anda yang menghasilkan faedah, kemudiannya keuntungan faedah serta wang pokok anda itu dilaburkan semula. Dengan menggunakan konsep compound interest, wang anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun sekiranya faedah yang anda terima adalah 10%. Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, selain dari memulakan perniagaan, cara mencapai kekayaan adalah melalui pelaburan.

Langkah 7: Lakukan apa yang anda suka

Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario “the grass is greener on the other side” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Langkah 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal

Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.

Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol!

Dan paling penting sekali, perlu sertakan dengan DOA, USAHA, IKHTIAR dan TAWAKAL! InsyaAllah… perlu Do it. Baru dapat DUIT