ABOUT LOVING YOURSELF

Salam sejahtera dan salam perkenalan buat kita semua. Dikesempatan ini segala syukur dan rahmat yang tidak terhingga untuk kita berdiskusi apa saja About Loving Yourself, satu topik yang agak universal tetapi amat menarik untuk dibincangkan bersama. Sudah pasti setiap orang mempunyai perspeksi yang berbeza mengenai difinasi tajuk ini. Amat menarik dan perlu untuk kita menyayangi dan menghargai diri kita sendiri. Adakalanya tanggung jawab yang di galas memyebabkan kita lupa antara tanggung jawab dan pengorbanan. Rata rata jika kita di beri kesempatan untuk menyelami setiap sudut hati seorang yang bergelar anak, isteri, ibu dan nenek atau lebih tepat nya WANITA. Jauh di sudut hati nya mereka mengakui bahawa bahawa mereka lebih banyak berkorban untuk kepentingan dan kebahagian orang lain melebihi apa keinginan dan kehendak yang terdetik dalam naluri mereka.

Namun sebagai seorang yang mewarisi agama nenek moyong iaitu ISLAM, kita seharusnya yakin dan percaya setiap inci nilai pengorbanan dan penat lelah kita akan dibalas dengan setimpalnya. Malah wanita  akan dijanjikan syurga sekiranya mereka ini taat dan patuh kepada suami dan Allah. Subhanallah!