MANUSIA DAN KESIHATAN

Wah, Manusia dan Kesihatan…bunyi nya agak padat, seolah olah seorang doktor yang menulis karangan ini!. Sejujurnya atikel ini terhasil daripada pembacaan dan kefahaman saya melalui buku ” BE YOUR OWN DOCTOR”,

be yr own dr

ANTARA INTIPATI YANG DI BAHASKAN DI DALAM BUKU INI :-

1. Belajar berkomunikasi dengan Tubuh Anda.

2. Penyakit merupakan signal positif tubuh:- rasa lapar, rasa haus, rasa mengantuk, rasa lelah, rasa mual, rasa sakit, demam, diare, sistem pencernaan yang tidak lawas ( kesukaran membuang air besar). Signal signal sebegini merupakan isyarat yang tubuh anda memerlukan perhatian dan tindakan awal daripada pemiliknya.

3. Makna tidur untuk kesihatan.

4. Sihat bermula dari dapur kita. Makanan yang kita makan sudah pasti menentukan qualiti kesihatan kita. Perbezaan bentuk, warna dan rasa pada setiap buah, sayur sayuran dan biji bijian memiliki kandungan nutrisi yang juga berbeza. Terdapat satu penyataan yang mungkin agak keterlaluan bagi kita iaitu 80- 90 % PENYEBAB UTAMA PENYAKIT KANSER ADALAH BERPUNCA DARIPADA MAKANAN

5. Kenali dan fahami fungsi sistem pencernaan. Ia bermula dari mulut dan berakhir di usus besar, mempunyai kepanjangan lebih kurang sekitar 9 meter.. Muntah adalah salah satu cara tubuh untuk melindungi badan daripada bahaya seperti keracunan makanan atau terlebih banyak minum alkohol dan kehadiran toksin yang perlu di nyah kan daripada badan anda. Biasakan sarapan pagi anda dengan jus dan buah buahan agar perut kita tidak terkejut dengan kehadiran unsur unsur yang pedas dan berminyak selepas rehat di malam hari.fruits and vege

6. Terapi puasa. Apa kaitannya puasa dengan kesihatan? Kenapa kita perlu puasa? Sebagai seorang MUSLIM kita mungkin akan menjawab  , ia adalah tuntutan agama, menahan diri daripada lapar, dahaga dan nafsu dan penyucian jiwa. Namun apa pula kepentingan puasa dari sudut perubatan moden? Dr.Yinyamunof dan Dr. Zeiland dari Rusia akan menasihati pesakit pesakitnya untuk berhenti makan ketika tubuh mula memberi signal terhadap sebarang ketidakselesaan tubuh badan kita. Ini kerana semasa kita berpuasa ( tidak makan) sistem tubuh mengalami detoksifikasi secara semula jadi. Organ organ tubuh seperti hati dan limpa akan ‘membersihkan diri’. Racun racun di dalam badan kita akan dibuang sehingga 10 x ganda lebih banyak. IBNU SINA ada menyatakan bahawa ” Puasa sangat baik untuk mengubati berbagai penyakit kronik”

7. Kegagalan dunia kedoktoran moden. Satu persoalan yang dibangkitkan ialah” Kenapa semakin canggih dunia perubatan kita, semakin canggih hospital hospital menyamai hotel bertaraf 5 bintang, semakin canggih mesin mesin dan teknologi perubatan kita tetapi

8. Antara manfaat dan bahaya Garam. Nama saintifiknya adalah Natrium atau Sodium, ia merupakan mineral yang sangat penting untuk menjaga keseimbangan garam juga berfungsi penting untuk mengatur keseimbangan cairan dalam tubuh, membantu memperkuat otot, dan membantu fungsi saraf. Kekurangan garam /natrium sering dikaitkan dengan ganguan keram otot, hilang selera makan, luka sukar sembuh dan terbentuknya corak corak putih di kuku. Lebihan garam dalam tubuh  secara tidak langsung akan meningkatkan tekanan pada dinding pembuluh darah, dan ini menjurus ke arah hipertensi dan tekanan darah tinggi, jantung dan stroke. Dr.Lewis K.Dahl memaklumkan keperluan garam dalam badan kita setiap hari hanyalah 2gm.garam

9. Fungsi Jantung, paru-paru, liver, dan ginjal. berat jantung sekitar 0.5% daripada berat keseluruhan berat badan kita, ia mengepam darah kira kira 70 kali per minit. Ia bertugas untuk mengepam darah keseluruh jaringan tubuh melalui rangkaian pembuluh darah yang panjangnya 96,500 km. Paru paru berfungsi untuk melakukan proses pertukaran Oksigen dan Karbon Dioksida, Kita menyedut Oksigen dan membebaskan karbon dioksida. Saiz paru paru disebelah kanan 620g, disebelah kirinya 560g. Tempat pertukaran dalam paru paru ini mempunyai keluasan mencapai 90 meter persegi, hampir sama dengan seluas lapangan tenis. Fuhhhh

Hati/liver, organ paling besar dalam tubuh, beratnya sekitar 1.5kg, mempunyai 300 million sel.

  • Dapat mengatur jumlah karbohidrat yang ada didalam tubuh hati juga menjaga agar glukosa darah tetap terjaga
  • Dapat menyeimbangkan jumlah lemak dalam tubuh
  • Berfungsi Mengatur keseimbangan asam amino, asam lemak, trigliserida, dan kolesterol
  • Dan juga bekerja untuk membersihkan tubuh dari berbagai racun dan toxin yang tidak diperlukan oleh tubuh.

10. Terapi Air/ sumber air dalam kehidupan. Komposisi air dalam tubuh kita adalah 70% ,

  • Mengatur suhu tubuh
  • Penting untuk aktivitas kimia dalam tubuh
  • Berfungsi sebagai pelarut untuk mineral, vitamin, asam amino, glukosa agar mudah diserap oleh tubuh
  • Membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh sel tubuh
  • Memastikan tubuh senantiasa bertenaga Melincirkan kawasan sendi (penting
    untuk ahli sukan, pesakit arthritis, penghidap masalah otot dan tulang yang kronik)
  • Bertindak sebagai penyerap hentakan di saraf tunjang dan organ dalam badan
  • Meningkatkan metabolisme sel, mengeluarkan zat yang tidak berguna dalam tubuh
  • Masa yang baik untuk kita minum air:- 2 gels sebaik bangun dari tidur, setiap 2 jam sesudah makan atau setiap 2 jam sebelum makan 2 jam sebelum tidur.water (44)

11. Keajaiban Madu. Madu is the best tonic, madu sebagai prebiotik, madu sebagai antibakteria. ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap tiap (macam) buah buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu.  Dari perut lebah itu keluar minuman ( MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda ( kebesaran Tuhan) bagi orang orang yang memikirkan..

Surah An-Nahl: 68-69

honey (6)

12.Kemampuan Otak manusia vs sistem komputer tercanggih dunia. Otak manusia terdiri daripada 100 million neuron dan 5 trilion neuroglia, Bahagian otak kiri mengawal dan mengatur bahagian kanan tubuh manakala bahagian otak kanan pula mengatur bahagian kiri tubuh.

 SIHAT MERUPAKAN HARTA KITA YANG PALING BERHARGA DALAM HIDUP INI

*Tanpa sihat, satu bangsa tidak akan bisa maju dan berkembang

*Tanpa sihat, sistem pendidikan tidak akan berjalan dengan baik

*Tanpa sihat, generasi penerus bangsa akan hancur

*Tanpa sihat, ekonomi satu keluarga akan berantakan

*Tanpa sihat, para guru tidak bisa mendidik dengan baik

*Tanpa sihat, para pemimpin tidak akan bisa memimpin dengan bijak

*Tanpa sihat semua aktiviti akan terhenti

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

 ……Dr.Husen A.Bajry

 

8 comments

Leave a Reply