PURE ESSENTIAL OILS

PURE ESSENTIAL OIL  merupakan PATI MINYAK yang dihasilkan daripada pelbagai jenis tumbuh tumbuhan dan bunga. Ia sejenis cecair pekat yang terhasilkan daripada proses PENYULINGAN atau WAP

Sejarah perubatan kesihatan dan kecantikan dunia mengakui tentang kehebatan setiap jenis PURE ESSENTIAL OIL. Malah pengunaan PURE ESSENTIAL  OIL ini seringkali digunakan dalam minyak wangi, kosmetik, SABUN dan sebagai medium perubatan alternative.

MYRRH PURE ESSENTIAL OIL dan FRANKINCENSE ESSENTIOL OIL  telah menjadi lagenda amalan kecantikan diraja MESIR. Sudah semestinya di kurun tersebut masyarakat masih dilindungi oleh kebergantungan kepada sumber ALAM SEMULAJADI. Mereka yakin setiap PENCIPTAAN mempunyai NILAI yang tersendiri.

Keyakinan tersebut  mencetuskan idea untuk membukukan seribu satu rahsia keistimewaan minyak minyak pati tersebut. Sehingga ia mampu diwarisi oleh generasi hari ini. Ia mula popular sebagai aromaterapi, iaitu cabang perubatan alternative yang mendakwa bahawa minyak minyak tersebut mempunyai nilai penyembuhan yang tinggi.

Mempunyai molekul yang sangat halus, meresap jauh ke dalam kulit anda, mempunyai kuasa  penyembuhan yang sangat tinggi dan pengunaan yang betul tidak akan mendatangkan kesan sampingan. Hampir kesemua minyak pati PURE ESSENTIAL OIL mempunyai ciri- ciri antiseptic, anti kulat, virus dan anti bacteria.

best-essential-oils-for-skincare1

MANJAKAN DIRI ANDA!

CLAY atau TANAH LIAT adalah sejenis bahan asas yang telah dan boleh digunakan sebagai topeng muka. Ia bertindak sebagai agent pembersih yang cukup baik, membersih secara mendalam dan menyahtoksik kan pada kulit anda. Tanah liat  kaya dengan mineral. Ia membantu  kulit untuk bernafas, juga bertindak sebagai agent pengelupasan. ANDA HANYA PERLU CAMPURKAN APA SAJA RAMUAN LAIN KESUKAAN ANDA seperti lemon Jus, apple jus, susu segar, Floral water, minyak zaiton dan apa saja untuk menjadikan ia sebagai “PES”. Untuk kesan yang paling menakjubkan, titisan PURE ESSENTIOL OIL amat diperlukan.  Anda hanya perlu urut perlahan lahan pada gerakan membulat, biarkan seketika dan bilas seperti biasa.

JENIS CLAY

CLAY HIJAU

Membersih, detoksifikasi, toning dan menarik keluar kekotoran. Tanah liat hijau sesuai untuk kulit normal.

CLAY COKLAT “Rhassoul”

Sangat berkesan untuk proses pengelupasan yang sempurna, ia mengelupas secara lembut. Detoksifikasi kulit anda,  sangat berguna untuk menarik keluar minyak yang berlebihan dan kotoran dari dalam kulit. Ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi dan bersifat anti radang dan antiseptic.

CLAY PUTIH (Kaolin Clay):

Antara yang paling biasa didapati dalam rangkaian kosmetik anda. Ia kaya dengan kandugan mineral, bersifat lembut dan mudah menyerap. Sangat sesuai untuk kulit sensitive, kering dan kulit matang.

FULLERS EARTH:

Membersih, membantu menyerap minyak dan mencegah jerawat. Boleh dicampur adukkan dengan jumlah yang sama dengan Kaolin Clay atau apa jua CLAY  pilihan anda.

CLAY PINK

Kaya dengan mineral, membersih secara perlahan dan detok kulit anda. Sesuai untuk kulit sensitive.

SELAIN TOPENG MUKA, anda boleh mencipta sendiri ‘LOOSE POWDER’ PEMERAH PIPI ( BLUSHER) dengan mengunakan CLAY SEDIA ADA. Mix and match warna pilihan anda.. PUAS HATI DAN SANGAT MENJIMATKAN.

Selamat Mencuba

 

COSMETIK CLAY

COSMETIK CLAY