3 HERBA WAJIB DALAM PENJAGAAN KULIT

BUNGAKU

Natural lover  mengajar saya , ” jika anda tidak boleh memakannya , maka anda tidak wajar  untuk meletakkan ia pada kulit anda. Satu nasihat yang baik . Lagipun, kita semua mungkin masih samar-samar dan kurang pendedahan tentang bahan bahan yang biasa digunakan dalam penghasilkan kosmetik . Pengunaan Arsenik dalam bedak , Petroleum dalam Sabun, Tembaga pada pembayang  mata, apatah lagi berasaskan Plumbum yang digunakan untuk menghasilkan topeng muka.

Tidak hairan lah , jika kesan sampingan pengunaan kosmetik berbahaya ini boleh membawa kepada , kemandulan , kerosakan organ dalaman , penyakit penyakit kulit yang merbahaya dan seterusnya berakhirnya dengan kematian.

BAGAIMANA INI BOLEH BERLAKU?

Mungkin kawan-kawan tak terfikirpun, setiap inch kulit manusia terdiri daripada:-

625 kelenjar peluh

90 kelenjar minyak

19 million cell

19,000 sensory cells

65 helai rambut

1000- nerve ending ( bahagian paling sensitive).

 Kulit adalah organ yang paling besar, menutupi seluruh badan manusia dan antara fungsi kulit ialah ‘absorption’ iaitu PENYERAPAN. American Journal of Public Health menunjukan bahawa secara puratanya kulit menyerap sehingga 64% daripada apa yang kita sapu dipermukaanya. Malah lebih dukacita lagi bila diketahui yang badan kita turut terdedah kepada chemical dan toksin melalui, pernafasan, penyerapan, suntikan dan pengambilan (makanan, minuman, dadah berjadual)

Menurut wartawan Diane Mapes , “Terdapat banyak produk kecantikan yang mengandungi kepekatan tinggi plumbum, merkuri, arsenik , namun, dengan teknologi canggih dan tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesan sampingannya, Ahli-ahli kimia mula mencipta  “chemical friendly to human” yang dirumuskan untuk menghasilkan kosmetik dan pelbagai produk kecantikan lagi.

Kita tidak boleh menafikan KOSMETIK adalah pemangkin untuk menghasilkan aura yang lebih positif dan memberikan keyakinan serta gaya hidup masa kini.

Namun kita masih lagi ada pilihan, kecintaan pada alam semulajadi, cintakan pada diri sendiri, sudah pasti akan membuatkan kita berusaha untuk mencari yang terbaik. Lihat disekeliling kita, pasti ada yang bermanfaat. Apa yang penting, jauhi dari sikap acuh tak acuh, mengambil mudah setiap perkara dan terlalu percaya kepada iklan iklan yang di layangkan untuk mencetuskan emosi riang ria di hati kita.

Satu kebenaran perkara yang perlu kita ketahui  ialah , kulit kita adalah salah satu organ yang terbesar dan menyerap segala yang kita sembur , sapu, conteng atau alirkan di atas kulit kita  ia akan melalui sistem hormon kita (terutamanya tiroid hipotiroidisme semakin meningkat , seperti kemandulan dan pembiakan lain dan masalah hormon) . 

Mungkin anda biasa mendengar mengenai BPA ( bisphenol -A, bahan tersebut terdapat di dalam botol plastik  ) dan bahayanya : kemurungan, irritibility , tidur , berat badan, estrogen berlebihan, dan mungkin ( dalam haiwan , anyway ) rintangan insulin.

Jadi, apa yang  boleh kita lakukan?

Pertama:

1. Teliti setiap bahan kandungan yang dipamerkan.. google each ingredient.

2. Lihat apa yang ada di dapur anda…kebanyakannya boleh digunakan sebagai bahan alternative kecantikan dan kesihatan.

ALTERNATIVE UNTUK NATURAL BEAUTY

1. Rose Bud/air mawar/rose water

Kebanyakan kita dah biasa dan menggunakan air mawar dalam masakan. Namum dalam industry kecantikan Rose adalah superb dan agak mahal. Apa yang kita boleh cuba adalah DIY kan skincare kita mengunakan sumber daripada bunga Rose segar/ dried rose bud/ rose essential oil.

Make your own oil cleansing, soap bar, scrub, toner and serum and body mist.

Untuk membersihkan kulit yang kering , boleh cuba air rose + madu + sweet almond oil, urut perlahan-lahan, wipes of dengan kapas, dan bilas dengan air suam.

rose bud

2. Chamomile Flower

Kesihatan hati ( liver function) berkait rapat dengan kesihatan kulit kita. Chamomile merupakan herba yang kita boleh gunakan secara dalaman untuk membantu sistem pencernaan, hati, dan buah pinggang. Apabila organ-organ ini bekerja dengan sihat, bahan buangan akan diproses melalui sistem perkumuhan dan hasilnya kulit yang sangat sihat.

Chamomile essential oil boleh di campur pada losyen, di jadikan toner, juga digunakan sebagai SERUM

Untuk tujuan cleansing, kombinasi Oat+chamomile dried flower dan madu sangat berkesan. Kisar halus oat dan bunga chamomile, simpan ditempat yang kering. Just add on madu bila diperlukan. Ia memcuci dan bertindak sebagai scrub semulajadi. Jika dibiarkan kering, ia berfungsi sebagai ‘face mask’.. .. memang kita akan dapat kesan yang sangat ketara pada kulit :- LEMBUT, BERSIH, GLOWING dan TEGANG.

Note:   Untuk face mask, jangan terlalu lama kerana ia akan TERLALU menegangkan kulit dan ini boleh menyebakan rasa tidak selesa. Jangan sekali-kali bercakap-cakap atau makan minum. Pastikan otot-otot muka berada dalam keadaan rehat. Semasa mencuci perlu guna air suam untuk lembutkan oat, dan span muka.  Kalau ada budget lebih boleh letak kan kertas masker pada permukaan muka, sapu masker pada kertas tersebut dan kulit akan menyerapnya.

chamomile

 3. Calendula (Calendula Officinalis)

Calendula adalah jenis bunga herba yang sesuai untuk kulit kering . Untuk mendapatkan minyak bunga Calendula, anda hanya perlu rendamkan bunga ini ke dalam carrier oil pilihan anda. Simpan botol minyak dalam tempat yang gelap dan selepas 2 minggu just add on kapsul vitamin E untuk kesan yang paling ketara pada kulit.

 Boleh digunakan pada ruam lampin bayi. Juga sesuai untuk kulit sensitive.

Siapa nak try untuk kulit berjerawat?

¾ cawan serbuk bunga

¼ cawan jus lemon segar

2 tbs baking soda

1tbs aloe vera gel.

Mix together, and simpan seketika di dalam peti sejuk. After that, ready untuk dap kan pada area jerawat.

calendula flowerUntuk membantu cepatkan proses  penyembuhan , jadikan amalan minum Chomomile Tea, Green Tea, Rose Bud Tea atau pun Calendula Tea, buah-buahan dan sayuran hijau setiap hari.

-TRUST NATURE, THINGS WILL TURN OUT GOOD-

VITAMIN D

Mungkin ada yang risau dengan CAHAYA MATAHARI?  Takut kulit jadi lebih gelap, muncul nya pigmentasi pigmentasi dan rakan- rakan   kongsi nya yang lain. tapi TAHUKAH ANDA YANG CAHAYA MATAHARI adalah SUMBER SEMULAJADI UNTUK  VITAMIN D  yang diperlukan oleh badan manusia dalam menjaga dan menyelengara tulang anda, menyerap kalsium dan ‘phosphorus’ dalam diet kita.

Bagaimana yer?

Simple explanation :- SKIN SYNTHESISES  VITAMIN D when exposed to ultraviolet light. Modified CHOLESTEROL MOLECULES  in the skin are converted by the ultraviolet rays in sunlight to VITAMIN D. It is then absorbed by the body for the maintenance of bones and the absorption of calcium and phosphorus in the diet.

Okay, so BILAMANA PULA WAKTU YANG SESUAI UNTUK KULIT MENDAPAT VITAMIN D?

Ini sangat bergantung kepada kulit anda itu sendiri, kajian mendapati.. masyarakat yang berkulit cerah hanya perlu mendedahkan 10 hingga 15 minit sahaja atau cukup untuk kulit memberi respond  suam – suam. Tetapi jika anda berkulit gelap, 30 minit sudah memadai.

Waktu yang paling sesuai adalah antara jam 8 pagi hingga 10 pagi, untuk anda mendapatkan sumber VITAMIN D semulajadi.

morning xercse

Kenapa Aromaterapi?

APA AROMATERAPI?

Aromatherapy is… the skilled and controlled use of essential oils for physical and emotional health and well being.”  Valerie Cooksley

Aromatherapy is a caring, hands-on therapy which seeks to induce relaxation, to increase energy, to reduce the effects of stress and to restore lost balance to mind, body and soul.”  Robert Tisserand

Aromatherapy can be defined as the controlled use of essential oils to maintain and promote physical, psychological, and spiritual wellbeing.”  Gabriel Mojay

Aromatherapy can be defined as the art and science of utilizing naturally extracted aromatic essences from plants to balance, harmonize and promote the health of body, mind and spirit.  It is an art and science which seeks to explore the physiological, psychological and spiritual realm of the individual’s response to aromatic extracts as well as to observe and enhance the individual’s innate healing process.  As a holistic practice, Aromatherapy is both a preventative approach as well as an active method to employ during acute and chronic stages of illness or ‘dis’-ease.

Okay, dalam bahasa yang mudah untuk kita faham, ” aroma ( bau) yang di extract daripada bunga, daun, biji, batang atau pun akar tumbuh tumbuhan tertentu. Dari segi sains nya, bau ini akan tertindak balas dengan sistem badan manusia yang mampu menyumbang kepada elemen  kecantikan dan kesihatan emosi dan fizikal secara semulajadi.

KENAPA TUMBUH -TUMBUHAN?

Hampir 6 ribu tahun dahulu, ketamadunan manusia tidak mempunyai banyak pilihan dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Mereka sangat peka dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Manusia akan MATI jika tiada TUMBUH TUMBUHAN,

  1. dengan pokok,kita boleh bernafas,
  2. dengan pokok kita boleh dapat sumber  makanan  dan minuman,
  3. dengan pokok juga buat kulit manusia boleh jadi cantik,
  4. dengan pokok banyak penyakit boleh diubati
  5. dengan pokok, kita dapat berlindung daripada hujan dan panas.

Sudah pasti,  PENCIPTAAN ini tidak sia sia,

Secara mudah nya, aromaterapi adalah pengunaan minyak-minyak daripada pati tumbuhan yang mudah menguap, ia mempunyai molekul sais yang sangat halus ( kurang dari 500 amu) dan boleh meresap ke dalam bahagian badan manusia.

Bangsa Cina, mengunakan tumbuhan beraroma sebagai kebudayaan mereka, dan digunakan untuk kebaikan (kesejahteraan) jiwa dan raga.  Mereka membakar dupa untuk menciptakan kondisi yang seimbang dan penuh harmoni.

Bangsa Mesir kemudian menciptakan mesin distilasi yang belum sempurna. Mesin ini boleh mengeluarkan minyak dari pohon Cedar. Beberapa pendapat mengatakan bahwa teknik distilasi ini sudah pernah digunakan oleh bangsa India dan bangsa Persia (kini Iran), namun hanya sedikit bukti yang membuktikan hal itu.

Saat makam-makam di Mesir dibuka pada awal abad ke-20, kelihatan sisa  rempah-rempah ditemukan dengan bahagian tubuh dari mayat yang ada. Bau dari rempah-rempah tersebut masih tercium walaupun tipis. Bangsa Mesir juga menggunakan minyak dan tumbuhan herbal yang lain sebagai bahan persiapan untuk kegiatan spiritual, kedoktoran, wangian dan juga kegunaan kosmetik.

Bangsa Yunani belajar banyak hal tentang aroma terapi daripada bangsa Mesir. Ditambah pula  dengan ilmu pengetahuan yang agak tinggi dari bangsa Yunani, mereka mengunakan minyak minyak hasil ekstraksi itu selain untuk aroma, juga sebagai anti radang kulit, dan menyembuhkan luka.

Bangsa Romawi meneruskan tradisi tersebut, dan  menemukan hampir 300 jenis tumbuhan yang boleh digunakan sebagai aromaterapi dan  pengubatan. Bangsa Romawi juga mengembangkan teknologi ekstraksi bukan hanya pada minyak esensial dari pohon, tetapi juga mengekstrak dari sari bunga.

Pada abad ke-12, seorang ketua asrama biarawati bernama Hildegard menanam dan kemudian mengambil sari dari Lavender untuk tujuan kedoktoran.

Pada abad ke-13, industri farmasi lahir. Hal ini mendorong lebih banyak distilasi minyak esensial secara besar-besaran.

Pada abad ke 14 kejadian Black Death terjadi dan membunuh jutaan orang. Persiapan tumbuhan-tumbuhan herbal digunakan untuk melawan pembunuhan yang kejam ini. Pada masa itu dipercaya bahawa beberapa aroma yang digunakan dapat menghindarkan wabak tersebut dari tersebar.

Pada abad ke-15 lebih banyak tumbuhan ditanam dan di distilasi untuk mendapatkan minyak esensial seperti kemenyan, juniper, mawar, dan rosemary. Pertumbuhan ini diikuti dengan banyak nya buku-buku dan karya yang membahas tentang herbal-herbal aroma terapi ini.

Pada abad ke-16 dan ke-17 minyak minyak herbal ini dapat di beli di kedai kedai yang di sebut “apothecary” dalam pilihan yang semakin meningkat.

Pada abad ke-19 ditemukan tempat untuk wadah minyak-minyak tersebut dan persebaran minyak esensial semakin luas.

Pada awal abad ke-20 ilmu pengetahuan semakin kompleks dalam memisahkan minyak-minyak esensial yang digunakan untuk membuat bahan kimia sintetis dan ubat-ubatan. Hal ini menjadikan pemisahan antara ubat dan aroma terapi lebih menguntungkan, dan disebut sebagai “kedoktoran moden”.

Seorang ahli kimia Perancis bernama René-Maurice Gattefossé. Beliau lebih fokus dalam menggunakan distilasi minyak esensial untuk keperluan kedoktoran. Pada suatu kejadian lengannya terbakar, dan secara refleksi mencelupkan ke dalam minyak  lavender. Lengan yang terbakar tadi sembuh dengan cepat dan hanya  sedikit  luka berbekas.

Pada tahun 1937, René-Maurice Gattefossé menulis buku bahasa Perancis berjudul Aromathérapie: Les Huiles essentielles hormones végétales yang kemudian di alih-bahasakan bahasa Inggris menjadi Gattefossé’s Aromatherapy.

Tokoh lain yang berjasa bagi perkembangan aromaterapi adalah Jean Valnet, Madam Marguerite Maury, and Robert B. Tisserand. Jean Valnet dikenali sebagai orang yang mendedikasikan hasil kerjanya dalam menggunakan minyak esensial untuk membantu menyembuhkan prajurit perang yang terluka di dalam bukunya, The Practice of Aromatherapy.

Robert B. Tisserand dikenal sebagai aromaterapist Inggris yang bertanggungjawab dalam membawa masuk aromaterapi ke Negara-negara berbahasa Inggris. The art of Aromatherapy adalah buku yang terbitkan pada tahun 1977, dan menjadi buku aromaterapi pertama yang berbahasa Inggris.

Pada akhir abad ke-20 dan memasuki awal abad ke-21, menunjukkan semakin tinggi minat dan keinginan untuk menggunakan produk-produk natural termasuk minyak-minyak esensial untuk terapi, kosmetik dan wewangian aromatik.

Akhir-akhir ini, peningkatan keperhatian terhadap penggunaan aroma terapi di tambah dengan semakin mudahnya informasi informasi aroma terapi di buku dan internet menjadikan penggunaan aromaterapi semakin meningkat di dalam bidang terapi, kosmetik dan wewangian (parfum)

essentiol oil