KISAH BUAH KELAPA

Terharu bila dengar kisah buah kelapa dalam Radio IKIM pagi tadi. Ending product nya adalah minyak kelapa dara, rata- rata dunia menyatakan kebaikannya pada kesihatan dan kecantikan manusia pada hari ini. Pelbagai benefit di ceritakan, kulit lembut, bebas kolestrol, melancarkan sistem digestive dan banyak lagi.

Tapi tahu kah kita, untuk mendapatkan manfaat daripada satu sudu minyak kelapa dara ini, jika kita hayati dan amati…. prosesnya tidak lah semudah membuka penutup botol dan tuang pada sudu dan terus di telan.

Perjalanannya bermula dari sebiji kelapa yang bercambah membentuk pokok kecil, ia membesar, tinggi memuncak, bila buah nya sudah matang, manusia yang mahir akan memanjat pokok tersebut, jika tidak galah panjang akan digunakan untuk menjatuhkan buah itu. Kulit nya di cucuk – cucuk rakus, kiri kanan atas dan bawah.

Booommm jatuh berdebuk ke tanah, dengan ketinggian tersebut, sudah pasti jika ianya badan manusia, akan hancur berkecai. Namun si kelapa, bergolek tenang. Tak cukup dengan itu, sekali lagi badan nya di siat- siat dengan parang, sabut kulitnya dibuang, gondol umpama kepala botak. Dah lah gondol, dihentak pula dengan parang, terbelah dua…… aduhai ngerinya kalau kita manusia diperlakukan sebegitu rupa.

Masih lagi diberi pilihan, isinya dicungkil keluar dan hancurkan mengunakan mesin atau isinya lerai dikukur kelapa. Walaupun ini adalah pilihan, tetapi untuk mendapatkan hasilnya, maaf! buah kelapa terus diperlakukan sedemikian rupa. Hinggalah proses akhir, ia dimasak oleh api yang perlahan hinggalah terhasilnya lapisan minyak kelapa dara. 

Dari awal hingga ke akhir, penyeksaan adalah miliknya. Namun fitrah penciptaanNya adalah untuk memberi manfaat kepada manusia. Manusia hidup sihat daripada hasil bumiNya.

 

Moral  of the story:-

  1. Yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tak kan datang melayang
  2. Trust nature, things will turn out good