HATI YANG MERINDUI

Salam Al fatihah  penuh kerinduaan buat Puteri Jannah, Nurfarahin bt Rahimi. Hari berlalu bagaikan semalam, masih terbayang ‘kenakalannya’ memenuhi setiap ruang sudut kediaman kami.

Her Smiling Face

Her Smiling Face

Janji Allah itu pasti, mati itu pasti, walaupun ia umpama sentapan namum itu lah hakikat yang harus kami akur, redha dengan apa yang di uji. Antara percaya dengan tidak, itu lah sekujur tubuh anak gadis 11 tahun, pergi menemui PenciptaNya.

3.49 pagi, kedinginan aircond bilik hotel barangkali membuatkan si ibu terjaga lantas dicapai ‘massage oil’, “aduhh! tertidur rupanya, janji nak urut kaki Ain, bisik hati si ibu.  Subhanallah, kenapa kakinya begitu sejuk sekali? macam ais?  Terdiam, terkedu di pagi hari. Namun tetap di urut urut keseluruhan tubuh Bidadari Syurga itu. Sememangnya sudah menjadi kebiasaa untuk Ain meminta ‘home SPA treatment dari ibunya bila merasa tidak sedap badan.  Urutan pagi di susuli dengan perbualan ngeri’

Mummy! Aini nampak banyak kotak… Kotak apa Ain? Ain nampak kotak orang mati!”

Allah, terkebil kebil seketika si ibu. Ain muntah namun masih boleh bangun untuk ke toilet, bila kembali ke tempat tidur, matanya sentiasa tertutup walaupun masih ada tutur bicaranya sepatah dua. Langsung tiada rengetan anak kecil yang sedang sakit, seolah olah tidak ada berlaku sebarang kemudaratan. Bila bangunnya si bapa, lagi sekali ibu minta penjelasan daripada Ain tentang apa yang ‘dia nampak’ . Jelas, jawapan yang sama iaitu  kotak orang mati. 

Balik dari Kenduri

Balik dari Kenduri

Tup tap! tup tap!, kemas sana sini, and semua get ready nak check out awal untuk singgah di Hospital, Ain mula tercungap cungap, ‘Ya Allah, kenapa Ain? Mengucap Ain, Allah…Allah, hidung dan mulut Ain mengeluarkan cecair umpana ‘tehO’, jelas di mata, nyawa Ain dibawa pergi, bebola matanya sudah kosong. Ya Allah, Ain telah pergi buat selama lamanya. Terlalu cepat!

Dikala kegembiran menyambut tahun baru 2015, kami 7 beranak terpingga pingga di bilik hotel 1113 Pan Pacific, Johor Baharu. Suasana pilu dan jeritan tangis adik beradik melatari kesunyian kamar pagi. Hilang nya Ain Rahimi 11.15 pagi meruntun kesedihan yang teramat. Allah Hu Rabbi, kebingungan melanda, aku sebagai ibu panic tak terkata, memandang dengan penuh rasa hiba, pelik, kenapa?, mengapa? bagaimana….seribu persoalan berlegar di ruang minda.

Tenanglah wahai hati, terimalah sebagai ujian diri,.. pengesahan dari Paramedik menjadikan kami pasrah dengan keadaan, segala urusan dan prosedur perlu diteruskan . Waktu itu..walaupun deretan ‘buffet’ hotel 5 bintang menyediakan pelbagai menu terbaik, semuanya bagai tidak bermakna. Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengurusan Hotel Puteri Pacific dan Johor Corporation yang membantu kami sekeluarga, sehingga selesai urusan ‘Puteri Jannah’.

Kenangan 5 beradik

Kenangan 5 beradik

Sekitar Jam 5 petang, baru selesai urusan ‘postmortem’ sungguh terharu.. melihat kesan jahitan sepanjang dada ke bahagian pusat..Ya Allah, mesti sakit kan? Namum itu lah KETENTUAN di saat itu, selesai segala bagai, urusan mandikan jenazah, kapan dan di sembahyangkan di surau Forensik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

With brother  after Cup's Cake

With brother after Cup’s Cake Session

Perjalanan ke Kuala Lumpur akan mengambil masa antara 4 ke 5 jam….si ibu dan dua puteranya, Muhammad Izzat Farhan 14yrs dan Muhammad Aris Haiqal 9yrs, melangkah masuk ke dalam kenderaan rasmi  Warga Alam Barzakh untuk mengiringi persingahan sementara kepulangan Puteri Jannah  sebelum di abadikan ke esokanya.  Suasana sepi sepanjang perjalanan, cuma bertemankan alunan bacaan ayat ayat suci penenang jiwa yang pilu.

Si ibu memberanikan diri, jari jemari menyusuri ukiran keranda, ” Adakah benar ini Puteriku?”.. Ye lah sekujur tubuh yang telah kaku, Allahurabbi…segala pertanyaan di jawab sendiri, bagi memujuk hati yang ‘mati’ buat seketika.  Tenanglah kau puteriku. Anak ke 3, dari 5 beradik dipilih Allah untuk menghiasi Taman Taman Syurga. DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua lah kita dikembalikan.

Sekian lama bersengkang mata, sampai jua ke ‘persingahan sementara’ di Pinggiran Ukay, jam di tangan terpacak jarum di angka 11. Ramai, penuh rumah bagaikan kenduri ‘ open house’ . Katil bujang ‘ single saiz’ sudah ready di ruang tamu untuk beradu seketika. Kunjungan jiran tetangga dan sahabat handai serta saudara mara silih berganti. Semua faham, semua terima semua redha dengan HAKIKAT SEBUAH PERJALANAN KEHIDUPAN. Ini lah pengakhiran setiap yang bernyawa, tak kira muda, tua, kecil atau besar. Bila tiba Ajalnya, kembalilah kita kepada PenciptaNya.

Jam sudah 2 pagi, tetamu mula beransur pulang, tinggalah kami – kami memandang sesama sendiri. Ada yang kepenatan akhirnya rebah sendiri namum si ibu, tetap menemai PuteriNya. Risau! jika tertidur, hanya sedikit masa berbaki untuk menatapi wajah PuteriNya. Bila matahari bersinar,PuteriNya akan di usung pergi buat selama lamanya. Ini lah saat yang paling di takuti oleh si ibu.  Jika si Puteri pergi ke rumah saudara mara, pasti ia akan pulang, jika ke sekolah berasrama pun pasti juga ia akan pulang. Namum perginya ia kali ini pasti tak akan pulang –  pulang lagi. Deraian air mata mula tak kehaluan, takut kepada kehilangan, rindu pada bayang bayang.

Jam 7 pagi.. suara salam mula kedengaran, terbukti matahari bakal menjelang dan siang hari sudah berada di putaran nya. Puteriku akan pergi buat selama lamanya…..

ain8

Taman Perumahan yang ‘ABADI’

Alfatihah buat Nurfarahin bt Rahimi, bersemadinya jasad di Tanah Perkuburan Al Raudatul Sakinah, Jalan Kuala Lumpur Karak. Semoga Allah menghiasi Puteriku di Taman Taman SyurgaNya.