3 HERBA WAJIB DALAM PENJAGAAN KULIT

BUNGAKU

Natural lover  mengajar saya , ” jika anda tidak boleh memakannya , maka anda tidak wajar  untuk meletakkan ia pada kulit anda. Satu nasihat yang baik . Lagipun, kita semua mungkin masih samar-samar dan kurang pendedahan tentang bahan bahan yang biasa digunakan dalam penghasilkan kosmetik . Pengunaan Arsenik dalam bedak , Petroleum dalam Sabun, Tembaga pada pembayang  mata, apatah lagi berasaskan Plumbum yang digunakan untuk menghasilkan topeng muka.

Tidak hairan lah , jika kesan sampingan pengunaan kosmetik berbahaya ini boleh membawa kepada , kemandulan , kerosakan organ dalaman , penyakit penyakit kulit yang merbahaya dan seterusnya berakhirnya dengan kematian.

BAGAIMANA INI BOLEH BERLAKU?

Mungkin kawan-kawan tak terfikirpun, setiap inch kulit manusia terdiri daripada:-

625 kelenjar peluh

90 kelenjar minyak

19 million cell

19,000 sensory cells

65 helai rambut

1000- nerve ending ( bahagian paling sensitive).

 Kulit adalah organ yang paling besar, menutupi seluruh badan manusia dan antara fungsi kulit ialah ‘absorption’ iaitu PENYERAPAN. American Journal of Public Health menunjukan bahawa secara puratanya kulit menyerap sehingga 64% daripada apa yang kita sapu dipermukaanya. Malah lebih dukacita lagi bila diketahui yang badan kita turut terdedah kepada chemical dan toksin melalui, pernafasan, penyerapan, suntikan dan pengambilan (makanan, minuman, dadah berjadual)

Menurut wartawan Diane Mapes , “Terdapat banyak produk kecantikan yang mengandungi kepekatan tinggi plumbum, merkuri, arsenik , namun, dengan teknologi canggih dan tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesan sampingannya, Ahli-ahli kimia mula mencipta  “chemical friendly to human” yang dirumuskan untuk menghasilkan kosmetik dan pelbagai produk kecantikan lagi.

Kita tidak boleh menafikan KOSMETIK adalah pemangkin untuk menghasilkan aura yang lebih positif dan memberikan keyakinan serta gaya hidup masa kini.

Namun kita masih lagi ada pilihan, kecintaan pada alam semulajadi, cintakan pada diri sendiri, sudah pasti akan membuatkan kita berusaha untuk mencari yang terbaik. Lihat disekeliling kita, pasti ada yang bermanfaat. Apa yang penting, jauhi dari sikap acuh tak acuh, mengambil mudah setiap perkara dan terlalu percaya kepada iklan iklan yang di layangkan untuk mencetuskan emosi riang ria di hati kita.

Satu kebenaran perkara yang perlu kita ketahui  ialah , kulit kita adalah salah satu organ yang terbesar dan menyerap segala yang kita sembur , sapu, conteng atau alirkan di atas kulit kita  ia akan melalui sistem hormon kita (terutamanya tiroid hipotiroidisme semakin meningkat , seperti kemandulan dan pembiakan lain dan masalah hormon) . 

Mungkin anda biasa mendengar mengenai BPA ( bisphenol -A, bahan tersebut terdapat di dalam botol plastik  ) dan bahayanya : kemurungan, irritibility , tidur , berat badan, estrogen berlebihan, dan mungkin ( dalam haiwan , anyway ) rintangan insulin.

Jadi, apa yang  boleh kita lakukan?

Pertama:

1. Teliti setiap bahan kandungan yang dipamerkan.. google each ingredient.

2. Lihat apa yang ada di dapur anda…kebanyakannya boleh digunakan sebagai bahan alternative kecantikan dan kesihatan.

ALTERNATIVE UNTUK NATURAL BEAUTY

1. Rose Bud/air mawar/rose water

Kebanyakan kita dah biasa dan menggunakan air mawar dalam masakan. Namum dalam industry kecantikan Rose adalah superb dan agak mahal. Apa yang kita boleh cuba adalah DIY kan skincare kita mengunakan sumber daripada bunga Rose segar/ dried rose bud/ rose essential oil.

Make your own oil cleansing, soap bar, scrub, toner and serum and body mist.

Untuk membersihkan kulit yang kering , boleh cuba air rose + madu + sweet almond oil, urut perlahan-lahan, wipes of dengan kapas, dan bilas dengan air suam.

rose bud

2. Chamomile Flower

Kesihatan hati ( liver function) berkait rapat dengan kesihatan kulit kita. Chamomile merupakan herba yang kita boleh gunakan secara dalaman untuk membantu sistem pencernaan, hati, dan buah pinggang. Apabila organ-organ ini bekerja dengan sihat, bahan buangan akan diproses melalui sistem perkumuhan dan hasilnya kulit yang sangat sihat.

Chamomile essential oil boleh di campur pada losyen, di jadikan toner, juga digunakan sebagai SERUM

Untuk tujuan cleansing, kombinasi Oat+chamomile dried flower dan madu sangat berkesan. Kisar halus oat dan bunga chamomile, simpan ditempat yang kering. Just add on madu bila diperlukan. Ia memcuci dan bertindak sebagai scrub semulajadi. Jika dibiarkan kering, ia berfungsi sebagai ‘face mask’.. .. memang kita akan dapat kesan yang sangat ketara pada kulit :- LEMBUT, BERSIH, GLOWING dan TEGANG.

Note:   Untuk face mask, jangan terlalu lama kerana ia akan TERLALU menegangkan kulit dan ini boleh menyebakan rasa tidak selesa. Jangan sekali-kali bercakap-cakap atau makan minum. Pastikan otot-otot muka berada dalam keadaan rehat. Semasa mencuci perlu guna air suam untuk lembutkan oat, dan span muka.  Kalau ada budget lebih boleh letak kan kertas masker pada permukaan muka, sapu masker pada kertas tersebut dan kulit akan menyerapnya.

chamomile

 3. Calendula (Calendula Officinalis)

Calendula adalah jenis bunga herba yang sesuai untuk kulit kering . Untuk mendapatkan minyak bunga Calendula, anda hanya perlu rendamkan bunga ini ke dalam carrier oil pilihan anda. Simpan botol minyak dalam tempat yang gelap dan selepas 2 minggu just add on kapsul vitamin E untuk kesan yang paling ketara pada kulit.

 Boleh digunakan pada ruam lampin bayi. Juga sesuai untuk kulit sensitive.

Siapa nak try untuk kulit berjerawat?

¾ cawan serbuk bunga

¼ cawan jus lemon segar

2 tbs baking soda

1tbs aloe vera gel.

Mix together, and simpan seketika di dalam peti sejuk. After that, ready untuk dap kan pada area jerawat.

calendula flowerUntuk membantu cepatkan proses  penyembuhan , jadikan amalan minum Chomomile Tea, Green Tea, Rose Bud Tea atau pun Calendula Tea, buah-buahan dan sayuran hijau setiap hari.

-TRUST NATURE, THINGS WILL TURN OUT GOOD-

RAWATAN TERAPI MINYAK BUNGA MATAHARI

oleh DR.F KARACH

sunflower oilTerapi minyak bunga matahari (Oil Pulling) adalah satu lagi rawatan detox secara semula jadi yang menakjubkan, ia terapi mudah yang  anda boleh lakukan sendiri di rumah. Ini adalah satu kaedah penyembuhan ayurveda purba yang digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit penyakit yang kebiasaannya  dirawat secara pembedahan atau ubat-ubatan yang berdos tinggi  yang mana  pengunaan ubat ubatan ini secara berterusan dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

 Dr.Karach , seorang doktor berbangsa Ukraine telah berjaya menyembuhkan  pesakit leukemia kronik yang telah menjalani 15 tahun rawatan perubatan yang teruk, dan juga pesakit artritis , yang hanya meneruskan kehidupannya dalam keadaan terlantar sama sekali .

“Oil pulling” bukan saja terapi biasa malah diyakini dapat menyucikan seluruh badan ( detox ) dalam jangka masa yang lama.  Ramai yang telah mengalami kesan penyembuhan dari penyakit dan keadaan seperti: –

Migrain
Sakit kepala
Bronkitis
Sinustis
Asma
Neuro
Ekzema
Periodonteris
Diabetes
Tekanan darah tinggi
Ketidakseimbangan Hormon dll

Jom Try…

MASA YANG DIPERLUKAN : 15 – 20 minit / setiap hari

BAHAN : Cold process organik sunflower oil

BAGAIMANA : –

  1. Perkara pertama pada waktu pagi sebelum memberus gigi dan sebelum mengambil apa-apa minuman atau makanan.
  2.  1 sudu besar minyak , dikumur ke belakang dan ke depan tanpa tekanan yang berlebihan selama 15 hingga 20 minit. Pastikan  minyak mengalir antara gigi.
  3. Pada masa yang sama, excercise rahang  seolah-olah anda mengunyah untuk merangsang kelenjar air liur.
  4. JANGAN telan mana-mana minyak kerana ia penuh dengan toksin dan kuman di ekstrak daripada sistem peredaran badan .
  5. Ludah keluar minyak , bilas mulut anda dan berus gigi anda dengan sempurna .oil pulling

” According to Traditional Chinese Medicine, the tongue and the pulse are two of the most import diagnostic tools. “The tongue is mapped by organ-locations – that is, each section of the tongue is connected to the kidneys, lungs, spleen, liver, heart, pancreas, small intestines, stomach, colon, and spine.” “Thus, an oil-mouth-massage soothes and stimulates the key meridians where taste meets organ.”

mengikut semua laporan-laporan kaedah rawatan ini akan berakhir dengan gigi putih !

 

oil-pulling