TERIMA KASIH DAUN KELADI

Berakhir sudah 12 hari, kami www.brainNbeauty.com berkampung di Kompleks Kraftangan Jalan Conlay, sempena PAMERAN HIASAN DALAMAN dan SENI TAMAN.IMG_20141023_134841

Kami mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah di booth kami dan menyokong pengunaan bahan bahan semulajadi dalam penjagaan kulit harian kita.

www.brainNbeauty.com adalah inspirasi saya untuk berkongsi dengan     rakan rakan semua    tentang keistimewaan bahan bahan semulajadi sebagai sumber KECANTIKAN dan KESIHATAN kita

Kerakusankan manusia hari ini dalam mengejar kecantikan, kadang kala amat menakutkan. Mereka sanggup buat apa saja demi untuk sebaris perkataan CANTIK . Mereka alpha dengan pengunaan nama nama SAINTIFIK yang menyimpan seribu satu rahsia PENYAKIT yang akan mereka warisi.IMG_20141031_124014

IMG_20141025_193859

IMG_20141025_131337

MANJAKAN DIRI ANDA!

CLAY atau TANAH LIAT adalah sejenis bahan asas yang telah dan boleh digunakan sebagai topeng muka. Ia bertindak sebagai agent pembersih yang cukup baik, membersih secara mendalam dan menyahtoksik kan pada kulit anda. Tanah liat  kaya dengan mineral. Ia membantu  kulit untuk bernafas, juga bertindak sebagai agent pengelupasan. ANDA HANYA PERLU CAMPURKAN APA SAJA RAMUAN LAIN KESUKAAN ANDA seperti lemon Jus, apple jus, susu segar, Floral water, minyak zaiton dan apa saja untuk menjadikan ia sebagai “PES”. Untuk kesan yang paling menakjubkan, titisan PURE ESSENTIOL OIL amat diperlukan.  Anda hanya perlu urut perlahan lahan pada gerakan membulat, biarkan seketika dan bilas seperti biasa.

JENIS CLAY

CLAY HIJAU

Membersih, detoksifikasi, toning dan menarik keluar kekotoran. Tanah liat hijau sesuai untuk kulit normal.

CLAY COKLAT “Rhassoul”

Sangat berkesan untuk proses pengelupasan yang sempurna, ia mengelupas secara lembut. Detoksifikasi kulit anda,  sangat berguna untuk menarik keluar minyak yang berlebihan dan kotoran dari dalam kulit. Ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi dan bersifat anti radang dan antiseptic.

CLAY PUTIH (Kaolin Clay):

Antara yang paling biasa didapati dalam rangkaian kosmetik anda. Ia kaya dengan kandugan mineral, bersifat lembut dan mudah menyerap. Sangat sesuai untuk kulit sensitive, kering dan kulit matang.

FULLERS EARTH:

Membersih, membantu menyerap minyak dan mencegah jerawat. Boleh dicampur adukkan dengan jumlah yang sama dengan Kaolin Clay atau apa jua CLAY  pilihan anda.

CLAY PINK

Kaya dengan mineral, membersih secara perlahan dan detok kulit anda. Sesuai untuk kulit sensitive.

SELAIN TOPENG MUKA, anda boleh mencipta sendiri ‘LOOSE POWDER’ PEMERAH PIPI ( BLUSHER) dengan mengunakan CLAY SEDIA ADA. Mix and match warna pilihan anda.. PUAS HATI DAN SANGAT MENJIMATKAN.

Selamat Mencuba

 

COSMETIK CLAY

COSMETIK CLAY