3 HERBA WAJIB DALAM PENJAGAAN KULIT

BUNGAKU

Natural lover  mengajar saya , ” jika anda tidak boleh memakannya , maka anda tidak wajar  untuk meletakkan ia pada kulit anda. Satu nasihat yang baik . Lagipun, kita semua mungkin masih samar-samar dan kurang pendedahan tentang bahan bahan yang biasa digunakan dalam penghasilkan kosmetik . Pengunaan Arsenik dalam bedak , Petroleum dalam Sabun, Tembaga pada pembayang  mata, apatah lagi berasaskan Plumbum yang digunakan untuk menghasilkan topeng muka.

Tidak hairan lah , jika kesan sampingan pengunaan kosmetik berbahaya ini boleh membawa kepada , kemandulan , kerosakan organ dalaman , penyakit penyakit kulit yang merbahaya dan seterusnya berakhirnya dengan kematian.

BAGAIMANA INI BOLEH BERLAKU?

Mungkin kawan-kawan tak terfikirpun, setiap inch kulit manusia terdiri daripada:-

625 kelenjar peluh

90 kelenjar minyak

19 million cell

19,000 sensory cells

65 helai rambut

1000- nerve ending ( bahagian paling sensitive).

 Kulit adalah organ yang paling besar, menutupi seluruh badan manusia dan antara fungsi kulit ialah ‘absorption’ iaitu PENYERAPAN. American Journal of Public Health menunjukan bahawa secara puratanya kulit menyerap sehingga 64% daripada apa yang kita sapu dipermukaanya. Malah lebih dukacita lagi bila diketahui yang badan kita turut terdedah kepada chemical dan toksin melalui, pernafasan, penyerapan, suntikan dan pengambilan (makanan, minuman, dadah berjadual)

Menurut wartawan Diane Mapes , “Terdapat banyak produk kecantikan yang mengandungi kepekatan tinggi plumbum, merkuri, arsenik , namun, dengan teknologi canggih dan tahap kesedaran yang tinggi terhadap kesan sampingannya, Ahli-ahli kimia mula mencipta  “chemical friendly to human” yang dirumuskan untuk menghasilkan kosmetik dan pelbagai produk kecantikan lagi.

Kita tidak boleh menafikan KOSMETIK adalah pemangkin untuk menghasilkan aura yang lebih positif dan memberikan keyakinan serta gaya hidup masa kini.

Namun kita masih lagi ada pilihan, kecintaan pada alam semulajadi, cintakan pada diri sendiri, sudah pasti akan membuatkan kita berusaha untuk mencari yang terbaik. Lihat disekeliling kita, pasti ada yang bermanfaat. Apa yang penting, jauhi dari sikap acuh tak acuh, mengambil mudah setiap perkara dan terlalu percaya kepada iklan iklan yang di layangkan untuk mencetuskan emosi riang ria di hati kita.

Satu kebenaran perkara yang perlu kita ketahui  ialah , kulit kita adalah salah satu organ yang terbesar dan menyerap segala yang kita sembur , sapu, conteng atau alirkan di atas kulit kita  ia akan melalui sistem hormon kita (terutamanya tiroid hipotiroidisme semakin meningkat , seperti kemandulan dan pembiakan lain dan masalah hormon) . 

Mungkin anda biasa mendengar mengenai BPA ( bisphenol -A, bahan tersebut terdapat di dalam botol plastik  ) dan bahayanya : kemurungan, irritibility , tidur , berat badan, estrogen berlebihan, dan mungkin ( dalam haiwan , anyway ) rintangan insulin.

Jadi, apa yang  boleh kita lakukan?

Pertama:

1. Teliti setiap bahan kandungan yang dipamerkan.. google each ingredient.

2. Lihat apa yang ada di dapur anda…kebanyakannya boleh digunakan sebagai bahan alternative kecantikan dan kesihatan.

ALTERNATIVE UNTUK NATURAL BEAUTY

1. Rose Bud/air mawar/rose water

Kebanyakan kita dah biasa dan menggunakan air mawar dalam masakan. Namum dalam industry kecantikan Rose adalah superb dan agak mahal. Apa yang kita boleh cuba adalah DIY kan skincare kita mengunakan sumber daripada bunga Rose segar/ dried rose bud/ rose essential oil.

Make your own oil cleansing, soap bar, scrub, toner and serum and body mist.

Untuk membersihkan kulit yang kering , boleh cuba air rose + madu + sweet almond oil, urut perlahan-lahan, wipes of dengan kapas, dan bilas dengan air suam.

rose bud

2. Chamomile Flower

Kesihatan hati ( liver function) berkait rapat dengan kesihatan kulit kita. Chamomile merupakan herba yang kita boleh gunakan secara dalaman untuk membantu sistem pencernaan, hati, dan buah pinggang. Apabila organ-organ ini bekerja dengan sihat, bahan buangan akan diproses melalui sistem perkumuhan dan hasilnya kulit yang sangat sihat.

Chamomile essential oil boleh di campur pada losyen, di jadikan toner, juga digunakan sebagai SERUM

Untuk tujuan cleansing, kombinasi Oat+chamomile dried flower dan madu sangat berkesan. Kisar halus oat dan bunga chamomile, simpan ditempat yang kering. Just add on madu bila diperlukan. Ia memcuci dan bertindak sebagai scrub semulajadi. Jika dibiarkan kering, ia berfungsi sebagai ‘face mask’.. .. memang kita akan dapat kesan yang sangat ketara pada kulit :- LEMBUT, BERSIH, GLOWING dan TEGANG.

Note:   Untuk face mask, jangan terlalu lama kerana ia akan TERLALU menegangkan kulit dan ini boleh menyebakan rasa tidak selesa. Jangan sekali-kali bercakap-cakap atau makan minum. Pastikan otot-otot muka berada dalam keadaan rehat. Semasa mencuci perlu guna air suam untuk lembutkan oat, dan span muka.  Kalau ada budget lebih boleh letak kan kertas masker pada permukaan muka, sapu masker pada kertas tersebut dan kulit akan menyerapnya.

chamomile

 3. Calendula (Calendula Officinalis)

Calendula adalah jenis bunga herba yang sesuai untuk kulit kering . Untuk mendapatkan minyak bunga Calendula, anda hanya perlu rendamkan bunga ini ke dalam carrier oil pilihan anda. Simpan botol minyak dalam tempat yang gelap dan selepas 2 minggu just add on kapsul vitamin E untuk kesan yang paling ketara pada kulit.

 Boleh digunakan pada ruam lampin bayi. Juga sesuai untuk kulit sensitive.

Siapa nak try untuk kulit berjerawat?

¾ cawan serbuk bunga

¼ cawan jus lemon segar

2 tbs baking soda

1tbs aloe vera gel.

Mix together, and simpan seketika di dalam peti sejuk. After that, ready untuk dap kan pada area jerawat.

calendula flowerUntuk membantu cepatkan proses  penyembuhan , jadikan amalan minum Chomomile Tea, Green Tea, Rose Bud Tea atau pun Calendula Tea, buah-buahan dan sayuran hijau setiap hari.

-TRUST NATURE, THINGS WILL TURN OUT GOOD-

BAGAIMANA PURE ESSENTIAL OIL MEMBERI KESAN KEPADA MANUSIA?

BENEFIT OF USING PURE ESSENTIAL OIL

Pasti persoalan ini menjadi teka teki di dalam minda kita, bagaimana minyak pati ini berfungsi:–

Terdapat 3 cara untuk kita mendapat manfaat daripada PURE ESSENTIAL OIL:-

1. Di sapu pada kulit ( topically)
2.  Penyedutan (Inhaler/ aromatically)
3. Ditelan ( internally/ingested)

SAPUAN PADA KULIT

Pure Esential oil perlu dicampur dengan carrier oil dalam nisbah yang sepatutnya, adakalanya sapuan direct kepada kulit boleh menyebabkan kesan alergic dan terbakar. Kulit manusia mempunyai kadar penyerapan antara 60 – 90 % apa yang ada dipermukaanya. Menyumbang kepada 7% daripada berat badan manusia.

Tahap penyerapan sangat berbeza antara satu sama lain berdasarkan texture kulit seseorang. Sama seperti kita menyapu any other creams, begitu juga dengan ‘oil blended’ yang mengunakan Pure Essential Oil, namum kaedah sapuan secara membulat adalah lebih efektif kerana kadar penyerapan yang sangat cepat berbanding biasa. Namun secara logiknya, Pure Essential Oil mudah meresap ke dalam kulit manusia kerana ia mempunyai molekul yang sangat halus iaitu kurang daripada 500 amu ( atom molekul unit)

Faktor  Yang Mempengaruhi Kadar Penyerapan  Kulit.

Kulit merupakan organ yang paling besar melindungi keseluruhan badan manusia. Setiap bahagian kulit mempunyai texture yang berbeza dan  juga kadar penyerapan nya  berbeza.

  1. Bergantung kepada saiz kelenjar peluh ( pores )
  2. Permukaan kulit yang banyak rambut ( bulu roma)
  3. Minyak pati yang di kenakan sedikit haba ( warm oil) akan lebih mudah meresap dan penyerapan keseluruhan badan akan berlaku dengan cepat.
  4. Molekul saiz ( kosmetik, rawatan kecantikan dan kesihatan ) yang bersesuaian dengan kelenjar kulit
  5. Kadar ketebalan sel sel kulit mati di permukaan epidermis

****************

Kulit manusia  mempunyai 3 lapisan utama :- Epidermis , Dermis dan Hypodermis

EPIDERMIS berfungsi sebagai:-

  1.  Melindungi badan daripada persekitaran luar, terutamanya matahari.
  2. Mencegah lebihan kehilangan air dalam badan
  3. Melindungi badan dari jangkitan.

 DERMIS ( 3mm ketebalan)  pula :-

  1. Memberikan khasiat kepada kulit
  2. Mengeluarkan bahan buangan dari epidermis
  3. Memberi  tindakbalas rangsangan dan  menyokong sesama tisu
  4. Menyumbang kepada warna kulit

HYPODERMIS:-

  1. Ini adalah lapisan tebal tisu perantara yang terdapat di bawah dermis.
  2. Jenis tisu yang terdapat dalam lapisan ini ialah (tisu lemak),
  3. Ia membantu menyokong struktur halus seperti pembuluh darah dan saraf.
  4. Ia juga sebagai ‘bantal’ dermis daripada tisu asas seperti otot dan tulang. Lapisan ini mengandungi kolagen dan elastin yang sama dengan dermis
  5. Mengandungi arteri utama dan urat yang membekalkan kulit dan membentuk satu rangkaian di seluruh dermis.
  6. Sel-sel lemak yang terkandung dalam lapisan ini membantu untuk melindungi badan dengan mengurangkan kehilangan haba.

struktur-kulit1-1024x744

KAEDAH PERNAFASAN

Inhale, iaitu mengunakan kaedah pernafasan melalui hidung, Bila berlaku penyedutan melalui hidung, molekul udara berinteraksi dengan olfactory organ dan seterusnya terus menghantar isyarat ke bahagian otak.

Olfactory System

Sistem ‘Olfactory’ termasuk semua organ-organ fizikal atau sel-sel yang berhubungan dengan, atau menyumbang kepada, deria bau. Apabila kita menarik nafas melalui hidung, molekul udara  di bawa ke paru paru dan berinteraksi dengan organ-organ dan sistem pernafasan,  seterusnya ia memberi tindak balas kepada otak.

Interaksi dengan Sistem limbic (Brain Emosi)

Semasa menarik nafas, molekul bau bergerak melalui hidung dan menjelaskan kepada otak melalui pelbagai tapak reseptor, salah satu daripadanya ialah sistem limbic, yang biasanya dirujuk sebagai “otak emosi.”

Sistem limbic terus ke bahagian-bahagian otak yang mengawal kadar jantung, tekanan darah, pernafasan, memori, tahap tekanan, dan keseimbangan hormon (Higley & Higley, 1998). Hubungan ini membantu menjelaskan mengapa bau sering mencetuskan emosi. Mengetahui hal ini, kita boleh hipotesis bagaimana penyedutan minyak pati boleh mempunyai beberapa kesan fisiologi dan psikologi yang mendalam!

TELAN/ MENITIS MINYAK PATI KE DALAM MULUT

Pengambilan oral minyak pati adalah TIDAK digalakkan untuk orang ramai kerana perlukan banyak pengetahuan dan kepakaran yang berkaitan.

Perlu mendapatkan  nasihat daripada klinikal aromaterapi doktor pakar dan ahli farmasi bertauliah berkenaan dosage dan jenis yang sesuai, kerana tidak semua pati minyak selamat untuk manusia.

  1. Sesetengah minyak pati boleh menjadi toksik kepada hati atau buah pinggang apabila dimakan.
  2. Kerosakan kimia minyak pati semasa pemprosesan gastrik boleh menukar kesan.
  3. Mungkin ada interaksi dadah yang berpotensi. (Tisserand dan Balacs, 1995; Schnaubelt, 1999)

LAVENDER ESSENTIAL OIL

for english article, please click here http://bit.ly/1GTuWan