POSTNATAL CARE

Wanita  di amanahkan dengan satu tangungjawab yang sangat hebat, senyum dan tawanya mampu menyembunyikan segala hiba. Pengorbanannya dalam melangsungkan keturunan #zuriat adalah anugerah yang tidak ternilai.  Bermulanya dari proses mula mengandung, membawa baby bum ke hulu dan ke hilir, hinggalah anak itu lahir ke dunia ini. Setiap detik memberikan perasaan yang sungguh bahagia. Sesiapa yang pernah melalui saat- saat ini pasti akan menjadikan ia satu pengalaman yang cukup berharga.

Istimewanya menunggu kelahiran putera/puteri idaman, persiapanya nya pasti mengikut tema, jika si ibu memilih untuk bersalin secara pembedahan, sudah pasti tarikh nya nanti sangat  bermakna. Hospital terbaik   pun dah di pilih. Itu lah warna warni kehidupan menantikan lahir nya penyeri hidup dan bukti cinta abadi papa dan mama.

Namun, disebalik kegembiraan ini, ia mula mencetuskan emosi yang sedikit tergangu. Bukan apa sangat pun, tetapi WANITA AKAN MULA PANIC DAN KEEP REPEATING THE SAME WORDS, bila di rasakan perubahan fizikal mereka yang mula menunjukan signal out of shape“.

Mungkin ramai yang setuju bila saya katakan bahawa PROSES BERPANTANG adalah “turning point” dalam kehidupan wanita selepas bersalin.

Why turning point?….proses mengandung selama 9 bulan  akan dan telah mengubah serba sedikit ke semua 12 sistem badan manusia.

APA SISTEM BADAN TU?

Rahsia Allah mengatasi segala galanya, para ilmuan dan saintis kecoh untuk mendapatkan figure yang tepat, berapa sebenarnya cell yang wujud dalam tubuh badan manusia. Namun semuanya mempunyai jumlah anggaran masing-masing. Tetapi bila kita sebut perkataan Sains, ia adalah proven and boleh dipercayai. So Para saintis bersetuju untuk menerima anggaran bahawa badan manusia terbentuk daripada  37.2 trillion cell. Bayangkan, dan sistem badan manusia bermula daripada cell cell tersebut.

levels_of_structural_organization

 Gambarajah di atas memperincikan bagaimana proses kejadian manusia.

Terdapat 12 SISTEM BADAN MANUSIA.

Sistem 1 : cell and tissues ( sel, tisu)

Sistem 2 : the skin, hair and nails (kulit, rambut,kuku)

Sistem 3 : the skeletal system ( tulang )

Sistem 4: the muscular system ( otot)

Sistem 5: the cardiovascular system ( jantung)

Sistem 6: the lymphatic system and immunity ( peredaran darah)

Sistem 7: the respiratory system (  pernafasan)

Sistem 8: the nervous system ( otak dan saraf)

Sistem 9: the endocrine system ( hormon)

Sistem 10: the reproductive system ( pembiakan)

Sistem 11: the digestive system ( pencernaan )

Sistem 12:the urinary system ( pembuangan air kencing)

Apa kaitanya leteran mak, nenek dan opah  bila tiba jer masanya ‘proses berpantang kita’.

Tak der pun mak aku nak sebut pasal ‘sistem endocrine’ , digestive lah, respiratory  bagai? Tapi, yang buat aku stress nya,  ada jer yang tak betul di matanya, TENSION AKU!

Kesian kan?… situasi-situasi begini akan berlaku bila ke dua-dua belah pihak tidak faham terhadap SISTEM BADAN MANUSIA, atau bahasa SAINS nya adalah ANATOMY & PHYSIOLOGY.

Mak dan nenek ingin menyampaikan kepentingan sistem tersebut melalui ‘monologue’ kisahnya sekitar 20 tahun yang lalu. Namun si anak ingin selesa dengan arus kemodenan dan teknologi yang se zaman dengan nya.

Namun percayalah matlamat mereka adalah sama, ingin melihat kita sihat, cantik dan kekal langsing selepas bersalin, ayat powernya KEMBALI DARA gitu.

Masyarakat melayu amat dekat dengan amalan dan budaya proses berpantang ini.

Amalan ini sememangnya telah terbukti sejak dari dulu lagi. Ia mampu memberi  kebaikan kepada tubuh badan si ibu. Di antara faedah dan kebaikan berpantang  selepas bersalin adalah:-

1. Mengembalikan tenaga

2. Membantu melancarkan peredaran darah

2. Mencuci, dan mengeluarkan darah, angin dan lendir yang kotor

3.Menenangkan emosi ibu

4. Melega dan meringan kan badan

5.Mengecutkan peranakan/rahim

6. Memperbanyakan air susu ibu

7. Mengimbangi hormon

Di dalam melengkapkan proses rawatan penjagaan ibu selepas bersalin, amalan warisan adat dan budaya perlu dipatuhi. Namun arus kemodenan sedikit sebanyak mempengaruhi amalan ini tanpa menjejaskan hasilnya.

Amalan seperti :-

1.Tungku

2. Tangas

3.Mandi herba

4. Param/pilis

5. Urutan

6. Bengkong/barut

perlu melengkapi antara satu sama lain bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply