LIST OF TREATMENT

AROMATHERAPY SWEDISH BODY MASSAGE

It is a ‘western concepts of anatomy and physiology, to warm up the muscle tissue, releasing tension and gradually breaking up the muscle ‘knots’ or adhered tissues.

Ia membantu :-

  • Menenangkan
  •  Menambah tahap oksigen dalam darah
  • Mengurangkan toksin di dalam badan
  •  Meningkatkan peredaran darah dalam badan

Keadah ini telah ditemui oleh ‘Swedish Physiologist, Dr Per Henrink Ling pada tahun 1776 -1839 di University Of Stockholm.

Di dalam teknik urutan ‘ SWEDISH MASSAGE’ terhadap 5 teknik urutan yang utama iaitu:- teknik selari, teknik tekan pusing, teknik tekan tepat, teknik gegaran dan teknik tepukan. Kesemua teknik teknik ini adalah kronologi dan gabungan yang perlu dalam mengaktifkan sel sel saraf dalam badan manusia.

Terdapat 4  Jenis ‘blended oil’ yang pasti memberi ketenangan kepada anda, pilih lah yang mana satu pilihan hati:-

1. RELAXING AROMA – Lavender, Ylang Ylang, Rose Geranium

2. ENERGIZING  AROMA – Lavender, Neroli, Sweet Orange

3. DETOXIFING AROMA – Lemongrass, Peppermint, Ginger

4. MUSCLES RELIEF AROMA – Tea Tree, Eucalyptus, Rosemary

 

BERSALAI / BERDIANG

Kaedah ini sangat -sangat popular suatu ketika dulu dalam masyarakat desa, terutamanya bagi ibu yang lepas bersalin. Namun kecangihan teknologi mula mengaburi mata warga melenium kepada pegunaan tilam letrik dan ‘heater’ untuk memanaskan badan.

Masyarakat dulu sangat percaya kepada 4 element yang perlu ada pada manusia, iaitu :- Tanah, Air, Api dan Angin.

Mereka mengamalkan bersalai dengan tujuan:-

  1. mengecutkan peranakan
  2. mengelakan sakit pinggan
  3. mencegah bisa-bisa urat dan otot badan
  4. melancarkan perjalanan darah

Rawatan ini memerlukan kita baring di atas pangkin  dan di bawahnya terdapat bara api yang ditabur dengan herba.

Namun amalan  bersalai masih lagi diamalkan dalam segelintir masyarakat, Burma, Thailand, Kemboja dan Brunei hinga ke hari ini.

OIL DETOX MASSAGE

Mungkin ada yang tidak sedar bahawa permukaan kulit manusia iaitu ‘ epidermis’ menyimpan banyak lebihan toksin yang tidak dapat diserap atau dibuang oleh badan manusia. Ia mungkin hadir dalam bentuk ‘lemak’ atau  ‘air’. Teknik ini lebih menekankan kepada ‘gegaran’ dan ‘ selari’. Ia mengambil masa yang agak lama untuk mengapungkan toksin ini.  Kombinasi Minyak Kepala Dara yang ditambah dengan grapefruit , black pepper,  basil dan cederwood akan merangsang toksin dalam badan dan juga bersifat ‘cleansing property’.

TANGAS

Ia sangat sinonim dalam situasi wanita selepas bersalin. Namun kebaikannya terbukti untuk semua lelaki dan wanita bergantung kepada rempah ratus yang digunakan

Sejak 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika Selatan yang lebih dikenali dengan cara ‘bajos’ dan juga di Korea dipanggil ‘chai yok’. Walaupun sebutan atau gelarannya berbeza namun teknik dan caranya adalah hampir sama iaitu dengan menggunakan gabungan beberapa jenis herba.

Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsinya yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa. Bertangas yang pada kebiasaannya dilakukan selepas bersalin dan haid itu tidak terhad untuk kaum wanita sahaja. Malah, kaum lelaki boleh mencuba rawatan itu untuk proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.

Jika dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.

KHASIAT

Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.

Wanita mengandung adalah ditegas dari melakukan rawatan ini.

Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit. Mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim. Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.

Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang. Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).

Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.

 

PELVIC FLOOR LIFTING MASSAGE

Atau sinonim dengan nama melayu nya sebagai, ‘angkat peranakan, dan ‘ sengkak rahim’.